Breaking News
Popular News


Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Ada di kalangan kita yang nasib nya tidak berapa baik. Kehilangan pekerjaan atau kematian suami atau isteri yang menyara kehidupan keluarga. Bilamana ia terjadi, mulalah kita dihimpit kesusahan. Antaranya adalah hutang. Ada yang sampai rumah nak kena sita.
Bilamana kita berhutang, dah lebih dari 3 bulan, maka mula lah kita akan di hubungi oleh pihak bank. Tapi biasanya untuk kes yang sudah lama tertunggak, bank akan outsource tugas mengutip hutang kepada agensi kutipan hutang.
Bila sampai pada agensi kutipan hutang ni, lebih kerap berbanding tidak, mereka cukup memaksa dan biasanya biadap.
Bahkan ada yang biasanya mengugut rumah nak kena sita dan barang-barang dalam rumah pun kena sita hingga tinggal sehelai sepinggang.
Sabar… saya tahu anda yang alami ini berada dalam kesusahan. Jadi hari ni kami nak bawa kan input dari Puan Peguam Nor Zabetha bagaimana untuk menghadapi perkara ini. Jom kita baca perkongsiannya di bawah.
Saya menerima panggilan mengatakan mereka dari pejabat peguam. Saya berhutang dengan client mereka. Saya dipaksa untuk buat bayaran segera, pada hari itu juga!
Jika tidak, mereka akan menyita barangan rumah saya atau membuat tangkapan terhadap saya. Saya jadi panik. Apa yang perlu saya lakukan?
Hampir setiap minggu, saya akan menerima soalan ini. Terlalu banyak panggilan amaran dan ugutan untuk membayar hutang-hutang ini.
Antara amaran yang diberikan dari panggilan begini adalah:
a) Barangan anda akan disita, dirampas dan dijual
b) Pihak polis akan melakukan tangkapan
Antara penyamaran mereka adalah:
a) Kononnya mereka dari syarikat guaman
b) Kononnya mereka dari mahkamah
c) Kononnya mereka pegawai polis
Mereka akan menyuruh atau memaksa kita untuk buat bayaran segera tanpa berlengah-lengah lagi. Kalau tak rumah kena sita.
Kadangkala mereka terlalu kasar.

Dapatkan segala butiran perlu. Anda ada hak untuk bertanya.
Perhatikan cara mereka menjawab. Jika teragak-agak, kita sudah tahu sama ada itu adalah lakonan.
Tanya beberapa soalan. Kalau mereka kata peguam dari firma guaman mana? Apa nama peguam bertugas.
Kalau dari balai, apa nama polis yang menelefon, apa jawatannya?
Kalau dari mahkamah, mahkamah mana, unit apa, jawatan dan nama pemanggil, nombor kes.
Dari pengalaman saya sebagai peguam hampir 10 tahun, peguam tidak akan call si penghutang seperti ‘ah long’ untuk meminta hutang. Mereka ada etika yang perlu dijaga dan mereka terikat dengan profesionalisme.
Begitu juga polis, kalau bukan kes jenayah mereka tidak akan suka-suka call. Mereka terikat dengan bidang kuasa mereka.
Kalau panggilan dari mahkamah, mungkin juga. Saya kata mungkin kemungkinan sahaja. Mungkin bailif mahkamah akan cuba menghubungi anda sekiranya terdapat tindakan tangkapan atau penyitaan.
Untuk pastikan betul atau tidak, dapatkan butiran dan kes nombor. Mahkamah tidak akan call tanpa kes yang telah didaftarkan, jadi dapatkan kes nombor di mahkamah.
Bagus! Tetapi masih belum tentu mereka betul. Mungkin mereka begitu terlatih.
Soalan seterusnya adalah, kalau betul ada tindakan untuk penangkapan dan penyitaan barang, pasti ada perintah mahkamah.
Kalau ada perintah mahkamah, pasti kes dah didaftarkan di mahkamah! Kalau kes dah didaftarkan, pasti ada nombor kes. Minta nombor kes ada. Tanya sama ada di mahkamah majistret atau sesyen dan difailkan di mana? Adakah di mahkamah Kuala Lumpur, Shah Alam atau di mana sahaja.
Selepas dapat nombor kes untuk pastikan kes ini sahih atau tidak? Atau sama ada terdapat tindakan penyitaan dan bukanlah drama yang hendak menakutkan, anda cuba semak nombor kes yang diberikan pemanggil di laman carian senarai kes di mahkamah secara e-filing di carian efiling kes mahkamah
Cara-caranya:
a) Masukkan venue/ tempat mahkamah di kawasan mana,
b) Masukkan nombor kes dan search.
Kalau ada nombor kes ini. Sahih kes terhadap anda wujud,di mahkamah yang dimaklumkan. Anda cek, adakah nama ada sebagai pihak yang dituntut dan bukan semata-mata nombor kes yang dicuri guna.
Tetapi bukan semua kes boleh dicari melalui pautan ini. Bagi pautan ini hanyalah untuk kes-kes yang difailkan secara e-filing sahaja.
Bagi mahkamah kecil seperti di Selayang, Kuala Kubu Bharu atau daerah-daerah lain. Anda cuba call mahkamah tersebut, sebut nombor kes anda. Minta mereka semak sama ada kes ini ada atau tidak.
Kalau panggilan anda tidak dilayan, anda pergi ke mahkamah tersebut sendiri. Lebih mudah!
Anda boleh lantik peguam anda atau pergi ke syarikat anda berhutang terus untuk penyelasaian. Jangan guna pihak ketiga iaitu agent pengutip hutang ini. Ada ‘additional charges’.
Kalau sewaktu ada bertanyakan langkah 2 dan 3 di atas tetapi gagal di jawab oleh pemanggil. Saya rasa, kita pun sudah tahu mereka menipu.
Cara mereka ini hanya untuk menakutkan kita dan cuba mewujudkan panik dan juga rasa tertekan. Mereka akan memaksa kita mempercepatkan membuat bayaran bagi mengelakkan kita sempat berfikir atau membuat semakan tentang kesahihan lakonan mereka.

Kebanyakan aduan yang saya terima, mereka bukan sahaja menekan penghutang. Malahan ahli keluarga juga turut ditakut-takutkan terutama jika ada ibu bapa yang tua dirumah atau anak-anak dirumah kerana tekanannya terhadap peminjam lebih kuat.
Lebih teruk lagi, pengutip hutang minta untuk tandatangan perjanjian baru. Untuk paksa kadar bayaran baru yang lebih tinggi dan tidak adil.
Hutang tetap perlu bayar. Tetapi pengutip hutang jangan keterlaluan. Jangan mengambil kesempatan atas situasi ini dan menjadikan peluang mengenakan caj lain yang berganda.
Masalah ini kian menjadi-jadi. Situasi ini turut dikongsikan oleh mymetro cara keji si pengutip hutang
“Ada yang menyamar sebagai pegawai mahkamah, pegawai institusi kewangan untuk mengutip hutang lapuk, malah lebih biadab apabila sanggup menggunakan identiti anggota polis yang sudah meninggal dunia”
“Katanya, sejak 2013, pihaknya menerima lebih 1,000 aduan berkaitan ugutan pengutip hutang dan sudah sampai masanya isu itu diketengahkan kerana mereka ini dilihat semakin melampau selain bertindak di luar batas undang-undang.”
Jika ingin tahu lanjut siapa agent pengutip hutang, baca artikel ini Siapa sebenarnya ejen pengutip hutang
“Tidak cukup dengan kaedah menelefon, ejen ini boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja, sama ada pegawai bank, peguam atau menggunakan gelaran tertentu seperti ‘tuan haji’, ‘puan hajjah’, datuk dan datin.
“Ada juga yang menyamar sebagai pegawai polis, tetapi mereka sebenarnya adalah ejen pengutip hutang. Menyamar memang perkara biasa bagi mereka,” katanya.
“Beberapa kes diterima, ejen sekadar menunjukkan surat penarikan kereta atau dokumen kononnya perintah mahkamah. Jika ingkar tindakan akan diambil. Tiada budi bicara atau belas ehsan.
“Tidak dinafikan ejen pengutip hutang diperlukan dalam keadaan penghutang terlalu liat menyelesaikan pinjaman. Culas dan mengelak membayar pinjaman. Tetapi, jika kaedahnya tidak betul, mengugut, datang tanpa uniform atau kenderaan rasmi syarikat, itu sudah salah. Tidak beretika,” katanya.
a) Buat laporan polis;
b) Pergi membuat aduan ke syarikat anda berhutang tentang salah laku dan sikap tiada etika agent pengutip hutang mereka, maklumkan jika tidak dibendung anda akan mengadukan kepada badan pengguna atau ambil tindakan di mahkamah.
Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan.
Sekian
Moga-moga perkongsian Puan Peguam Nor Zabetha ini berguna kepada kita. Walaupun begitu , kita juga sebagai orang yang berhutang kena sedar, yang hutang wajib di bayar. Cuba berbincang dengan bank untuk mendapatkan penyelesaian yang baik.

Peguam Nor Zabetha banyak berkongsi di website nya di sini . Jika anda memerlukan khidmat beliau untuk perkara berkaitan guaman, boleh hubungi beliau di facebook
Perlukan bantuan dalam mencari rumah untuk didiami? Klik SINI untuk keterangan lanjut.
macama mana nak tahu adakah rumah kita kena sita? ada laman web apa2 tak yg boleh kita check samada rumah kita bakal disita ataupun tidak?
Info yg sangat berguna,👍🌟🌟🌟🌟🌟
Bagaimana nak masuk sistem efiling mahkamah untuk check kes nombor tu?
Sy Mohd Fitree..
Kes sy apabila sy membeli sebuah motosikal dan bayarannya memang tertunggak beberapa bulan.
pembelian ini dikatakan menerusi Aeon credit dan proses untuk dapatkan motor tersebut pun tidaklah susah.hanya 3 hari saja on the road.tanpa ada lesen memandu,kenderaan tersebut atas nama ibu sy dan prosesnya begitu cepat.
sy buat pembelian motosikal ini setelah melihat flyers yg diedarkan dan pameran sebagai ‘promosi’ nitime dilakukan di shopping complex.
tahun pertama,bayaran ansuran sy lancar mengikut perjanjian.
manakala seterusnya ada tertunggak beberapa bulan disebabkan sy tidak dpt bertugas dgn sempurna kerana menghidap Pneumonia(radang paru2).
jadi berlakulah tunggakan bayaran pada kenderaan tersebut hingga mencecah RM1,700++.
suatu hari ibu sy dpt SMS dari satu pihak yg mengatakan sy harus bayar pada keesokannya dgn kadar segera.
katanya,jika sy gagal utk bayar,maka pihak mereka akan membuat penyitaan terhadap barang2 rumah..
dan tindakan undang2 akan diambil.
beberapa nombor telefon pejabat yg menghubungi sy.ada yg kata dari HQ dan ada dari agent rundingan.
tp cakapnya seolah2 memaksa utk bayar jugak dlm tempoh yg mereka bagi hanyalah sehari dua saja.
apabila sy nyatakan bahawa sy sakit dan kerja pun tidak menentu.sekarang baru sy dpt mulakan tugas dgn baik kerana rawatan demi rawatan dilakukan.dan sy mohon timbang tara dan budi bicara dari pihak tersebut namun ditolak sekeras2nya.
tanpa ada sebarang notis atau surat dari mahkamah atau pihak berwajib,mereka menghubungi sy dgn menghantar SMS saja.
adakah ini cara yg betul?
apakah mereka blh melakukan penyitaan ini?
walaupun sudah sy minta pertimbangan untuk sambung bayar tetapi melebihkan jumlah ansuran bulanan atas niat untuk cover semula ansuran sy yg tertunggak…
assalam ..dalam artikel ni tidak berapa jelas adakah bank bole menyita rumah peminjam yang gagal bayar.jika rumah itu sudah habis bayar bagaimana pula.adakah boleh disita?