Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kisah Benar : Brader Ni Terlungkup Rugi Melabur Hartanah


Kisah Benar : Brader Ni Terlungkup Melabur Hartanah

Kita selalu dengar kisah pelabur hartanah membuat keuntungan dan menjadi jutawan dengan pelaburan hartanah. Ini biasa. Yang jarang kita dengar adalah kisah orang yang rugi beratus ribu dalam percaturan yang salah ketika melabur hartanah.

Yang saya nak cerita ni adalah kisah benar. Tiada yang benar selain yang benar belaka. Kisah ini di cerita kan oleh pemilik badan sendiri. Nama beliau di rahsiakan. Tetapi kisah nya adalah sama. Mari ikuti Kisah Benar : Brader Ni Terlungkup Rugi Melabur Hartanah

Saya nama kan brader ni Z.

Brader Z ni berumur 29 tahun. Dia berminat dengan pelaburan terutama pelaburan hartanah. Sejak dia mula berkerja sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat minyak dan gas yang besar, dia rajin lah pergi seminar merata-rata. Dari seminar free sampai lah berbayar.

Tahun lepas 2016, dia mula lah berani nak melabur. Dia pun cari lah lokasi yang bagus untuk melabur. Tertarik dengan kisah-kisah kejayaan pelabur berjaya, dia pun eager dan terlebih semangat lah. Konon nak kejar first 1mil aset before umur 30 tahun.

Dah berbulan mencari, dia mula tertarik dengan sebuah projek di satu lokasi dalam Shah Alam. Harganya dalam RM 700K. Dengan gaji yang dia ada dia yakin boleh bayar. Gaji dia dalam RM5000. Instalment dalam RM 3500. Dia tak ada lain-lain komitmen. Dia fikir rumah ni boleh jual balik nanti dalam RM 1J++. Ejen yang jual pada nya juga yakin kan dia boleh sewakan semula pada harga tinggi.

Tanpa fikir panjang, dia pun beli lah rumah tu dan plan nak sewakan semula. Bila nak sewa kan, tak banyak inquiry yang dia dapat. Dan kalau ada pun sewaan yang dia boleh dapat dalam RM 1000 SAHAJA sebulan. Jadi dia kena top up lagi RM2500!!

Waktu tu gaji dia boleh bayar. Tapi langit tak selalu nya cerah.

Bulan 9 tahun lepas , dia diberhentikan kerja! Akibat pasaran minyak sedunia yang hambar, dia antara  yang terpaksa di let go oleh syarikat.

Jadi sekarang ni, Brader Z dah tak ada pendapatan. Bukan sahaja tu, sebab dia eager nak mengumpul kan harta, dia baru sahaja sign untuk pembelian secara “join loan” dengan adik nya untuk membeli sebuah lagi apartment.

Aduh.. pening kepala dia.

Tahun ini bulan 6, dia baru sahaja mendapat surat amaran dari bank. Dia tak mampu untuk membayar instalment rumah nya dan rumahnya akan di lelong jika pembayaran tak di buat serta merta.

Sekarang dia tengah fikir dan cari jalan untuk selesaikan masalah ni. Setakat hari ini saya tak tahu apa keputusan dia buat tetapi moga dia berjaya selesaikan masalahnya.

 

Ini adalah kisah yang berlaku kepada Brader Z. Rakan saya yang dia ceritakan sendiri masalah nya kepada saya. Dia antara orang yang terlungkup rugi melabur hartanah.

Saya rumus kan antara sebab dia terjebak dalam hal ni :

  • Tak Ada Perancangan

    Mengikut cerita Brader Z ni, saya perasan yang dia tak ada planning yang concrete dalam pelaburannya. Dia tak tahu game plan dia. Dia fikir dia boleh beli dan sewa kan kepada sesiapa sahaja. Tak semua game pelaburan hartanah sama. Lagi pula dengan pendapatan kelas pertengahan , tindakan dia amat bahaya macam meletakkan “all eggs in one basket”. Dia terus bermula dengan pelaburan yang agak besar dan memakan komitmen yang tinggi.

  • Tak Buat Kajian

    Dia tak study sangat kawasan tu. Ni bukan kawasan matang, dah banyak penduduk atau banyak student pun. Ni kawasan baru buka. Dia tak study dulu berapa rate sewa semasa untuk rumah teres 2 tingkat di kawasan tu. Dan tak juga study apa catchment dalam kawasan rumah yang dibeli. Maksudnya dia tak study siapa target market yang akan menyewa dari dia.

  • Tak Ada Backup

    Brader Z ni tak ada holding power yang cukup. Simpanannya tak banyak. Banyak dia habiskan untuk renovate rumah yang dia beli ni. Jadi dia cuma dapat cover bayar 4 bulan pertama lepas dia di berhentikan kerja.

  • Mudah Percaya Satu Pihak

    Kami pun ejen juga. Ejen akan dapat komisyen dari penjualan. Jadi yang penting kebanyakan masa adalah pastikan rumah terjual. Problem nya adalah bila bagi maklumat yang misleading kepada pelanggan. Itu satu hal. Yang Brader Z ni pun satu hal lagi. Dia boleh pulak tak check dan tak buat kajian dia sendiri. Kena ingat, bila kita susah tak da dah orang nak tanggung susah tu dengan kita.

  • Tak Sabar

    Nak bersungguh capai impian tu bagus. Tapi ada beza antara bersungguh dengan tergopoh gapah. Brader Z ni main belasah je. Pelaburan pertama dia masih belum stabil lagi. Baru je lagi. Penyewa pun tak sampai setahun lagi dan dia cerita kat saya, kadang-kadang penyewa dia pun culas bayar.

Nasihat kami

Dalam apa pun pelaburan, pastikan kita ada perancangan yang baik. Ada exit strategy. Tahu di mana kita mahu cari penyewa atau bakal pembeli. Jika mahukan nasihat, dapat kan dari beberapa pihak. Dari kami pun boleh.

Betul kita perlu bergerak cepat, tetapi jangan terlalu tergopoh gapah. Jika dah semua nya di lakukan dengan betul, buat keputusan dengan yakin.

Moga apa di alami Brader Z tak di alami orang lain. Semoga apa kami kongsikan ada manfaat untuk pelabur dan bakal pelabur hartanah.

Sedikit tambahan, bagi anda yang masih mencari rumah idaman tu.

Bolehlah klik sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami cek okay.

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *