Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Lagi Teruk Rupanya Penyewa Perempuan Sampai Jahanam Rumah


Gara-gara takut rumahnya dirosakkan oleh penyewa lelaki, seorang pemilik rumah lelaki terkejut apabila rumahnya yang disewakan kepada sekumpulan penyewa perempuan iaitu pelajar perempuan berada didalam keadaan yang amat teruk.

Jika anda perasan bukan sahaja keadaan rumah yang di sewa penyewa perempuan tersebut sangat kotor dengan peralatan memasak yang tidak dikemaskan malah sinki pun dibiarkan dalam keadaan tersumbat.

Pendek kata ia kelihatan menggelikan hingga kembang tekak nak tinggal dalam keadaan rumah seperti itu.

Beliau memuatnaik satu luahan tidak puas hati di laman Facebook miliknya, melahirkan rasa kesal kerana sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya lagi, pada mulanya dia tidak ingin menyewakan rumahnya kepada penyewa lelaki kerana bimbang rumahnya akan rosak, malangnya lain pula apabila disewakan kepada penyewa perempuan hingga sedemikian jadinya.

Mesti saudara ini menyesal tak sudah menyewakan rumahnya ini kepada pelajar perempuan yang pengotor macam ini.

Dengan duit sewa bulanan tak berbayar hingga 4 bulan, penyewa terus lari begitu sahaja. Beliau berjanji akan mendedahkan identiti pelajar tersebut sebagai pengajaran buat mereka.

Penyewa seperti ini tidak harus diberi peluang untuk menyewa kerana langsung tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab. Sudahlah tak bayar sewa, dengan lari dari rumah begitu sahaja tanpa sebarang motif dan alasan.

Semoga ni menjadi pengajaran untuk semua penyewa di luar sana.

So macam mana nak tapis penyewa?

  1. Check latar belakang mereka. Pilih lah mereka yang berkerja kalau boleh.
  2. Peringatkan lebih awal tentang peraturan dan tanggungjawab
  3. Buat inspection di rumah. Jangan biarkan begitu sahaja.
  4. Lantik seorang ketua. Biar dia yang uruskan dan jadi ketua di rumah. Murah kan sedikit sewa nya sebagai ganjaran.
  5. Bersikap tegas. Ini rumah anda. Hak dan harta anda. Kalau lah jahanam, penyewa ini lari tinggalkan anda terkontang kanting sahaja.

Ini adalah sedikit sebanyak tips-tips berkaitan menapis dan mengurus penyewa. Mungkin-mungkin ini bermanfaat untuk anda semua.

Nak cari penyewa rumah dengan segera? Atau nak jual rumah anda? Atau nak beli rumah untuk pelaburan? Klik sini:>>> Sewa/Jual/Beli Rumah

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *