Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Sebut saja Langkawi rasanya rata-rata rakyat Malaysia memang dah tau yang Langkawi maju sebagai pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Tapi bila dah dekat dengan PRU ni, jadi la pulak isu. Banyak pihak yang menegaskan Langkawi maju disebabkan jasa Tun Dr. Mahathir.
Mungkin disebabkan tu juga yang membuatkan Tun Dr. Mahathir membuat keputusan untuk bertanding merebut Parlimen Langkawi.
Pakar analisi berpendapat yang Tun yakin sumbangannya kepada Langkawi yang juga dikenali pulau bebas cukai tu dapat mempengaruhi sentimen rakyat untuk PRU14 akan datang ni
Bagi Dato’ Seri Najib pula, beliau berkata yang kemajuan Langkawi sekarang bukannya jasa seorang individu, tetapi hasil perjuangan oleh UMNO sebelum ni.
PRU tu PRU la jugak kan, tapi apa sebenarnya yang best dengan Langkawi ni? Siap Tan Sri Dato’ Sri Michelle Yeoh promote dalam movie Star Trek: Discovery lagi tu.
Khas untuk yang belum lagi sampai ke Langkawi, antara tempat yang best di Langkawi ialah:
1) Kereta Kabel
Terletak di Gunung Mat Chinchang dikatakan antara yang terpanjang di dunia tau. Jarak perjalanan sepanjang 2.2 km. Memang gerun untuk orang yang takut tinggi tapi akan jadi pengalaman yang best.
Kat sini ada juga Oriental Village, Telaga Tujuh dan juga muzium 3D. Jangan terlepas Sky Bridge ye.
2) Pantai Chenang
Antara pantai yang cantik di Malaysia. Kat sini memang anda boleh nampak ramai pelancong dari luar negara. Pantai ni selalu meriah time malam banyak orang keluar cari makan di restoran sepanjang pantai. Nak Jetski dengan parasailing pun ada kat situ
3) Underwater World Langkawi
Dalam kawasan Pantai Chenang juga lokasinya. Underwater World ni yang terbesar di Malaysia. Ada lebih kurang 4000 jenis hidupan laut.
4) Pulau Payar Marine Park
Untuk yang minat aktiviti snokerling, kat sini tempat yang best untuk anda. Batu karang kat situ dijaga dengan rapi. Tempat penginapan tak ada tapi ada kemudahan disediakan untuk BBQ, tandas, dan lain-lain.
5) Kompleks Haji Ismail
Ha, ini orang perempuan memang tak nak miss punya. Kat sini la anda boleh shopping pinggan mangkuk, coklat, dan banyak lagi barang pada harga rendah sebab semua tu bebas cukai. Kalau saya yang pergi, mesti borong coklat punya.
BACA LAGI: AirBnB untuk pemilik rumah dapatkan pelancong
Banyak lagi tempat best di Langkawi, tapi saya fokus yang mana kebanyakkan orang akan recommend. Berbalik kepada isu PRU tadi, pendapat anda siapa yang bakal pegang Langkawi? Adakah Tun Dr Mahathir yang rata-rata berpendapat Langkawi terhutang jasa dengan beliau, atau BN yang mana akan terus kekal pegang Parlimen Langkawi? Tapi jangan lupa jugak PAS ada bertanding. Apa agak-agak akan terjadi ye, kita tunggu.