Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Zaman kini, semua orang inginkan rumah dengan kos yang berpatutan bukan? Kos sara hidup yang semakn tinggi ditambah dengan krisis ekonomi yang kian meruncing menyebabkan kita sebagai golongan dari kelas rendah dan pertengahan untuk benar-benar mengimpikan rumah idaman dengan harga yang rendah.
Namun malangnya terdapat segelintir pihak yang menggunakan peluang ini untuk mengaut keuntungan peribadi dan seterusnya membusukkan nama sebuah rumah kos rendah. Kepercayaan yang telah diberikan kepada orang ramai telah pun mereka salah gunakan untuk kepentingan diri sendiri tanpa sedikit pun rasa simpati.
Menurut laporan yang dikemukakan oleh Yusuf Azmi, terdapat lebih 400 aduan dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah dikemukakan:
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu isu penipuan rumah murah yang dijalankan pihak tidak bertanggungjawab disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Aktivis Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, berikutan itu, pihaknya menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini, bagi memastikan isu berkenaan tidak diambil mudah oleh pihak tertentu.
Modus Operandi
“Kita membawa lebih 400 aduan daripada mangsa untuk membantu mencari punca modus operandi (MO) yang dilakukan dalang yang mengaku sebagai kontraktor syarikat perumahan.
“Selepas pertemuan dengan EAIC, mereka memberi jaminan untuk turut sama membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan satu pasukan khas dalam menyiasat perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum di Putrajaya, hari ini.
Selain itu, PPIM turut mengadakan sesi perbincangan dengan EAIC yang berlangsung kira-kira dua jam. Memorandum berkenaan diterima oleh Timbalan Pengarah Operasi (Aduan) Bahagian Operasi EAIC, Celemans Kasim.
Laporan Polis
Yusof berkata, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh mangsa kerana mereka mengesyaki perkara terbabit adalah satu kes jenayah penipuan.
“Bagaimanapun, dalang kes penipuan ini masih melakukan promosi rumah murah, seolah-olah tiada tindakan siasatan diambil ke atas mereka.
“Oleh itu, kita nasihatkan kepada orang ramai yang terkena dengan penipuan rumah murah ini untuk tampil menghantar aduan kepada PPIM,” katanya.
Menurutnya, memorandum yang dihantar kepada EAIC itu adalah satu langkah supaya kes berkenaan mendapat lebih perhatian yang sepatutnya dari pihak berkuasa. Baru-baru ini, Unit Tindakan Khas PPIM membongkarkan kegiatan sindiket penipuan rumah murah yang dijalankan oleh enam individu sehingga tular di media sosial.
Kita mengharapkan agar kes ni dapat diselesaikan dengan segera tanpa melibatkan penipuan ke atas lebih ramai pihak yang terlibat. Rumah murah sepatutnya menjadi idaman semua orang dan janganlah kerana sikap tidak bertanggungjawab dari segelintir pihak begini menyebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Kami juga mengharapkan pihak yang bersalah mendapat hukuman sewajarnya dan mereka yang tertipu itu dapat dibela sepenuhnya.
Jika ada sebarang komen, atau pendapat boleh la tulis diruang komen ya.
Jangan lupa untuk like FB kami di
FB : Kaki Property
#kakiproperty