Breaking News
Popular News
![](https://kakiproperty.com/app/uploads/2021/08/IMG20210103124600-1-1024x768.jpg)
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Lelaki ini menangis setelah memohon rumah PR1MA. Rupa-rupanya ada kisah di sebalik projek PR1MA yang giat dibangunkan sekarang ni. Isu lambakkan rumah PR1MA ni makin jadi bualan dalam beberapa artikel hartanah. Sekarang ni, ada lebih 141,661 unit sedang dan telah dibina, yang menyedihkan adalah hanya 11,994 unit sahaja yang betul-betul berjaya dijual. Harga antara RM100,000 hingga RM400,000. Ini dikatakan petanda rakyat dinegara ini masih belum mampu untuk membeli rumah dalam harga tersebut.
Kalau kita tengok Housing Watch, Bank Negara, ada mengatakan yang 57.6% rakyat Malaysia berpendapatan RM5,999 sebulan, hanya mampu untuk membeli rumah bernilai RM354,111. Agak tinggikan nilai yang mampu dibeli?
TAPI persoalannya, adakah mereka nak beli rumah PR1MA, sebab rumah ada syarat yang tertentu. Sekejap lagi saya bagitau apa syarat untuk yang belum tahu. Opsss..jangan lak korang kata rumah PR1MA takda kebaikan lak, ada jugak kebaikkannya, boleh tengok SINI.
Macam mana lak yang berpendapatan rendah? Untuk isi rumah yang berpendapatan RM1,999 atau kurang, hanya mampu untuk beli harga rumah RM112,200 hingga RM124,700. Not bad, at least dapat gak rumah sendiri kan? Jadi, apa isu yang menyebabkan lambakkan rumah PR1MA ini?
Kalau ikut artikel TheSunDaily, PR1MA mengakui yang kebanyakkan pemohon PR1MA ni, digugurkan semasa peringkat bayaran, dan ramai jugak yang loan kena reject dengan bank. Sebab tu Skim Pembayaran Fleksibel (SPEF) diperkenalkan bagi membolehkan pembeli-pembeli mendapat jumlah pinjaman lebih tinggi. Sampai 110% beb.
Walaupun begitu, pemohon yang kena reject dengan bank atas sebab masalah kewangan yang lain, tetap tak lepas untuk dapatkan SPEF ni. Skim ni hanya nak galakkan pinjaman TAPI bukan nak bagi pinjaman di luar kemampuan pemohon. Bermakna, korang punya CCRIS tetap kena cantik walaupun korang nak mohon rumah PR1MA, sama ja macam korang nak buat loan beli rumah subsale, atau projek biasa.
Bukan PR1MA ja, projek rumah rakyat yang lain pun hadapi problem yang sama sebab projek-projek macam ni sasarkan golongan pendapatan purata, yang kebanyakkan mungkin ada masalah kewangan yang lain. Loan kereta, kad kredit, PTPTN, personal loan, dan lain-lain tu memang akan affect nak buat loan rumah ni. Segelintir yang betul-betul mampu untuk membeli lak, mungkin akan mempertimbang syarat rumah PR1MA:
Korang bayangkan, projek ini dah diluluskan untuk membina 259,881 unit secara total. Untuk kawasan yang hot macam lembah Klang, mungkin tak jadi masalah, demand memang tinggi. Untuk kawasan yang lain, mungkin agak slow sebab keadaan kos sara hidup yang kian meningkat ni. Mungkin kerajaan ada cara lain nak bagi rumah di kawasan lain laku, kita tunggu dan lihat nanti. Kalau berminat nak apply rumah PR1MA boleh baca SINI.
Rujukan:
Jika anda berhajat untuk beli rumah mengikut bajet yang ada. Anda boleh klik di SINI , nanti kami semak.