Rumah dah cantik. Down-payment dan legal fee dah lengkap. DSR pun dah lepas. Bila hantar loan je, sangkut sebab CCRIS PTPTN? Pelik, Tak pernah miss pun bayar credit card. Hutang kereta pun selalu on time. Check-check rupanya PTPTN bayar tak cukup. Loan tak lepas sebab CCRIS PTPTN.
Aduh, nak buat macam mana nie?

Ha, kami kakiproperty nak ajar korang nak settle kes nie cepat-cepat supaya loan lulus. Ada banyak cara, tapi ini yang paling laju.
Cara paling laju nak selesaikan CCRIS adalah pergi check dengan
PTPTN, berapa banyak tertunggak. Jika boleh selesai, sila selesaikan.
Jika tidak boleh, minta bayar separuh. =D
Tapi jika tak ada duit juga macam mana? Cukup-cukup je nie nak bayar downpayment. Jadi korang boleh keluarkan EPF akaun 2 nak bayarkan tungakkan jika perlu.
Dapatkan surat pelepasan dari PTPTN.
Haaa.. Submit balik ke banker. Insyaallah lepas.
Yang penting surat pelepasan tu.
“Tapi.. akaun 2 pun tak cukup nih..”
Alamak, kalau macam tu. Submit nama korang dalam form kakiproperty.
Kami akan hubungi dan cuba selesaikan. Ada banker yang boleh tolong.
Lagi senang. Beli rumah dengan kakiproperty.
Hehehe. Promote brand sendiri pulak.
Semoga korang boleh la lulus loan lepas nie.
Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.
Kalau anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.