Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Biasa orang panggil Ejen Hartanah. Senang ke kerja Ejen ni?
Sebelum sampai kepada banker, lawyer, pemaju, pejabat tanah, ianya bermula dengan ejen hartanah.
Tuan rumah yang banyak masa, sanggup susah payah dari awal, periksa nilaian rumah, sanggup berhabis duit untuk iklankan hartanah mereka, sanggup angkat telefon berkali-kali layan persoalan prospek buyer, sanggup berkali-kali bawa prospek tengok rumah, sanggup tapis kelayakan pinjaman setiap prospek, sanggup macam-macam tapi akhirnya tak jadi beli, mereka tidak kisah dan tidak akan lantik ejen.
Nak jimat katanya. Takpa, tiada paksaan untuk lantikan. Bagus untuk penjimatan.
TETAPI, penjual yang tidak berkesempatan & lebih sukakan “hassle-free” atau malas nak pening-pening, mereka sanggup melantik ejen.
Biar ejen hadap semua yang memeningkan itu, yang penting, rumah terjual dengan harga yang dikehendaki, walaupun perlu bayar yuran agensi.
Nak mudah, perlu bayaran. Nak jimat, perlu pengorbanan masa dan tenaga.
Nak lantik ejen jual rumah anda? Klik di sini.
Saya tak letak “Perlu” atau “Wajib” sebab itu pilihan masing-masing. Tapi ejen sedia membantu dan cuba membantu.
“Pembeli suka beli terus daripada pemilik hartanah? Ejen ni tahu naikkan harga je, suka menipu?”
Sedihnya dilabelkan begitu walaupun kita buat kerja prosedur yang betul. Tidak salahkan mereka, bak kata pepatah melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Ejen periksa harga nilaian semasa rumah, menasihati penjual untuk tidak menjual ‘over market value’, cuba kirakan kelayakan pinjaman bakal pembeli supaya risiko pinjaman ditolak diminimumkan, cuba cari solusi untuk pembeli miliki hartanah bersesuaian dengan keperluan mereka, cuba berunding harga dengan owner untuk capai ‘win-win situation’, sehabis baik sebagai pemudah cara.
Hati-hati, ada kes pembeli-pembeli yang saya jumpa meluahkan rasa ditipu, ingatkan dah selamat berurusan dengan kononnya pemilik rumah, tetapi rupanya menyamar jadi pemilik rumah, ada yang menyamar dia peguam, menyamar ejen, menyamar macam-macam. Dah la Booking/deposit ribu-ribu hilang, rumah pun tak dapat.
Hati-hati. Jika memilih berurusan dengan ejen, pastikan dia berdaftar, pastikan agency nya berdaftar. Jangan gatal-gatal bank in bayaran booking ke ‘personal account’ atau ke ‘agency account’ yang tidak berdaftar.
Kononnya “Ejen” di luar sana, tolong. TOLONG JANGAN KOTORKAN INDUSTRI HARTANAH. Tempiasnya ialah kepada ejen-ejen yang jujur, yang niat nak mudahkan urusan orang lain di samping mencari rezeki yang halal.
Jangan SENTAP bila saya atau sahabat ejen lain bertanya kelayakan pinjaman anda sebelum view rumah. Ada sebabnya. Bukan sengaja nak sibuk-sibuk tanya kelayakan pinjaman anda. Siapa suka orang tanya kita “gaji berapa? komitmen berapa? Kan.. Tapi terpaksa tanya atas urusan pembelian/pinjaman.
Bukan suka-suka tanya apa tujuan pembelian anda, duduk sendiri atau pelaburan. Bukan suka-suka tanya “kerja area mana? Tak jauh ke rumah ke tempat kerja”?
Pertanyaan-pertanyaan di atas bukan bermaksud saya nak melemahkan keghairahan pembeli utk miliki rumah. Suka nak tahu keperluan pembeli, sebab cuba nak bagi khidmat yg terbaik, educate pembeli, bukan sekadar menjual.
Bayangkan anda di tempat tuan rumah atau penyewa rumah, jika berkali-kali tengok rumah sedangkan tidak layak membuat pinjaman. Kadang-kadang kita pun tak tahu secara kasar kita layak ke tak, sebab tu bagus untuk yang arif tolong kirakan secara kasar.
Bayangkan booking, tiba-tiba pinjaman tak lepas (tidak tapis dahulu), owner akan kecam ejen tak buat kerja, tak filter buyer, ejen malas, ejen tak profesional. Bukan owner je, banker pun kecam ejen, semua ejen.
Bayangkan jika anda pembeli yang datang dari jauh-jauh, bawak orang tua, bawak bayi, anak kecil, panas-panas tengok rumah yang mana secara terang-terang tidak lepas pinjaman nanti.
“Kenapa awak tak bagitau awal-awal kena ada booking, awak kan ejen, patut kena inform, kirakan secara kasar untuk kami, kan tu tugas ejen!!”.
Saya jarang dikecam bila tanya kelayakan, tetapi pernah terjadi. Telan dengan senyuman. Lumrah. Saya sampaikan bagi semua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli supaya faham.
Kami menjalankan tugas demi kemaslahatan semua pihak. Begitu juga sahabat seperjuangan saya yang lain. Jangan kecam ejen, cuba memudahkan urusan.
Akhiri penulisan ini, tidak berniat mengguris hati sesiapa, sekadar menyampaikan.
====
Nota ini diambil dari status Facebook NoraHartanah a.k.a Sang Nora setelah mendapat keizinan beliau. Beliau ialah seorang ejen berjaya.