Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Jika anda menyusuri kawasan Luak Bay di Miri, anda pasti kagum dengan deretan rumah-rumah besar di sepanjang jalan. Siap ada Water Fountain di depan rumah, kebanyakannya mendapat sentuhan binaan dari Barat. Milik siapakah rumah-rumah agam Miri ini?
Antara rumah-rumah besar disepanjang jalan, yang paling mendapat perhatian adalah satu rumah agam yang tersergam megah di atas bukit.
Ling Chiong Ho adalah ahli perniagaan dan pemilik syarikat pembalakan di bawah naungan Shin Yang Sdn Bhd, yang beroperasi di Miri, Sarawak. Selain pembalakan, Shin Yang Sdn Bhd juga menguasai pelbagai jenis perniagaan lain seperti urusniaga bahan kimia, plywood, perkapalan, pertanian dan lain lain. Jadi tak hairanlah jika Ling Chiong Ho mampu membina rumah agam Miri yang indah ini. Ling Chiong Ho juga dikhabarkan telah disenaraikan sebagai orang ke -43 terkaya di Malaysia.
Begitulah serba sedikit tentant pemilik Rumah Agam di Miri ini. Kalau anda datang ke Miri, jangan lupa ke Luak Bay untuk melihat sendiri rumah ini. Alang alang dah ke sana, boleh terus ke pantai Esplanade dan makan ais krim gula apung.
Rujukan: