Enter your email address below and subscribe to our newsletter

“Nak Selesaikan Masalah Lambakan Rumah Ni Senang Je” – Khairul Azri


Kita sering tahu pasal masalah lambakan rumah. Terlampau banyak. Yang peliknya macam tak match pula. Lambakan rumah tak terjual banyak, tetapi ramai tak lagi dapat memiliki rumah sendiri. Ini kami bawakan anda pendapat En Khairul Azri seorang ahli ekonomi dan juga pengamal saham berpengalaman.

*tulisan di bawah tidak di edit untuk mengekalkan maksud supaya sampai kepada pembaca.


Nak selesaikan masalah lambakan hartanah ni mudah je sebenarnya.

Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan:

1. Gaji yang munasabah.

Selesaikan masalah gaji yang tidak munasabah golongan rakyat di bawah ni untuk mencapai tahap ‘living wage’ yang cukup lama dah tertangguh.

Ini tidak, baru sembang gaji minimum nak penaik RM1500 pun punya banyak berdalih, nak naikan kuasa membeli dululah, tingkatkan produktivitilah, warga asing saja yang akan untunglah apa lah.

Cipta satu polisi semakan gaji yang optimum untuk rakyat, ketatkan undang-undang pencatutan dan monopoli harga oleh kartel-kartel peniagaan.

Masakan rakyat boleh miliki hartanah bila mana sebahagian besar gaji rakyat kebanyakkan digunakan untuk makan dan pakai sahaja, kadang-kadang tak cukup pun, apatah nak cerita pasal beli rumah!

2. Ilmu pengurusan kewangan.

Haa, dibahagian rakyat pula, bila dah ada gaji yang mencapai standard ‘living wage’, engkau orang pun kena lah belajar juga cara pengurusan kewangan yang betul.

Ini tidak, duduk flat, dahla menyewa, bawak Honda Civic, hutang 9 tahun pulak tu, siap zero deposit.

Lepas tu ada hati nak meroyan tak boleh beli rumah, konon rumah mahal, bank ‘strict’.

Bang, dari 22,000+ rumah PPA1M, RUMAWIP, PR1MA yang telah siap dibina (setakat Q1, 2018) take up tidak sampai 20% bang.

Mahal?

Masalahnya 25.9% daripada rumah tak terjual tu adalah pada harga RM250K ke RM300K, kalau kira installment bulanan lebih sikit je dari Honda Civic warna maroon kau tu.

3. Rumah mampu milik yang tak berapa ‘Mampu’

Walaupun den sound kat atas bahawa rumah RM250K-300K harga installment Honda Civic kau je..

Tapi den sedar jugak, ramai lagi rakyat susah yang bawak motor je pun, bila nak beli rumah RM250K-RM300K tu pun masih mahal dan tak mampu bagi mereka

Haa.. maka kerajaan kena lah buat rumah yang betul-betul ‘Mampu’ milik.

Bayangkan, dana RM1 Billion yang diperuntukan oleh kerajaan di dalam Bajet 2019 melalui BNM untuk rakyat membeli rumah pertama mereka daripada pemaju swasta pada harga RM500K ke bawah tu, kerajaan ambil semula dana tersebut dan gunakan wang tersebut untuk bina rumah mampu milik berharga RM65K sebuah.

Kerajaan akan mampu sediakan 15,384 unit rumah baru.

Tak logik?

Apasal tak logik? bilamana, Kerajaan negeri Perak masih ada jual rumah pada harga RM70K, Rumah SelangorKu masih dijual pada harga RM49K,
Johor pun menjual rumah bantuan rakyat pada RM39K.

Ke tak logik, sebab sibuk nak jaga perut developer?

4. Lambakan rumah

Masalahnya sekarang bukan tak ada rumah, tapi berlebih rumah.

Makanya kalau dah supply banyak sangat jadinya kurangkan lah supply.

Macamana?

Kategorikan rumah mengikut harga, yang mana kategorinya banyak tak terjual, ‘freeze’ kan pembinaan baru kategori tersebut.

Contohnya, kalau ramai rakyat nak beli rumah bawah RM250K, yang lebih RM600-700K ni rakyat tak minat, supply berlambak katakan, freeze kan 5 tahun kategori yang rakyat tak minat tu.

Kalau developer nak buat juga rumah, hanya benarkan pembinaan untuk kategori bawah RM250K sahaja lah.

Lama-lama habislah supply yang tak terjual tu.

Simple.

Kesimpulannya

Benda-benda di atas ni hanyalah soal nak atau tak nak je kerajaan untuk buat, kena akui yang kerajaan BN dulu telah gagal, mungkin sebab tak ada political will yang kuat.

Maka kerajaan PH boleh take the challenge and walk the talk.

Sebab benda ni ada dalam manifesto PH tu, takkan dah lupa kot, Janji no 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa.

Cukup-cukuplah bercakap dengan ‘developer’ bila nak selesaikan masalah ni sampaikan nak kena buat langkah ‘panadol’ (temporary fix) seperti P2P bagai ni.

Dah tiba masanya untuk YB menteri dan kerajaan duduk dan dengar pulak suara hati rakyat.

Sekian.


Adakah anda setuju dengan pendapat En Khairul Azri. Boleh lah nyatakan dalam komen ya.

Jika anda ingin menjual rumah dengan kadar segera, anda bolehlah ke sini: Jual/Beli Rumah. Nanti kami tengokkan.

Kongsi Artikel Ini
Ketua Editor
Ketua Editor

Ketua editor bagi www.kakiproperty.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *