Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Negeri Mana Meriah Raya Setiap Tahun? Anda Negeri Mana?


Bila hari raya ni lagu yang paling kami suka lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman. Ditambah lagi dengan kesesakan jalan, leceh sikit nak harung tapi semangat nak balik kampung punya pasal kita tak kisah semua tu kan. Antara banyak-banyak negeri yang ada dalam Malaysia, negeri mana meriah raya?

Negeri Mana Meriah Raya

Setiap negeri sebenarnya meriah apabila raya kerana setiap negeri ada ja sanak saudara yang pulang beraya. Situasi macam itu la yang sentiasa memeriahkan hari raya.

Ada yang pulang dengan kereta melalui lebuh raya, ada yang nak cepat pulang dengan kapal terbang, tak kurang juga pulang keretapi ETS. Semuanya menuju ke negeri dan kampung masing-masing.

BACA LAGI: Projek ECRL Pertama Timur?

Paling meriah mesti la dikampung kalau nak dibanding dengan suasana bandar sebab kat kampung macam-macam ada dan boleh buat seperti main meriam buluh, mercun, pasang pelita, anyam ketupat, masak dodol ramai-ramai, dan lain-lain lagi

Selain daripada makanan, yang paling meriah time malam raya. Lepas je sembahyang isyak, berdetum-detum bunyi mercun dan meriam buluh. Ada kampung yang dah jadi tradisi lawan meriam buluh.

negeri mana meriah raya

Masa raya, yang best mesti la makanan kan. Setiap negeri ada keistimewaan masing-masing daripada segi makanan. Bagi saya, disebabkan saya berkelahiran di utara, mesti la beraya diutara yang paling best.

Di area utara contohnya, keistimewaanya adalah ketupat daun palas (pulut). Kalau anda beraya di utara memang akan jumpa ketupat ni di hampir setiap rumah. Disediakan bersama dengan rendang daging atau ayam.

Ada juga jenis buat laksa, mee kuah, bihun sup, dan beberapa lagi hidangan. Dodol juga antara makanan yang best cuma banyak yang beli daripada buat sendiri sebab proses nak buat dodol ni makan masa yang lama.

negeri mana meriah raya

Negeri lain pula terkenal dengan hidangan lemang dan serunding. Sekarang ni anda dah boleh dapatkan lemang sepanjang perjalanan pulang ke kampung, banyak yang jual lemang tepi jalan sekarang terutama kawasan selatan.

Kami pernah jumpa tempat special, setiap kali raya mereka buat nasi impit dengan rendang kerang. Jarang jumpa ni. Anda pula bagaimana? Negeri mana meriah raya bagi anda dan apa yang istimewa dengan tempat anda beraya, boleh la kongsi dengan kami.

 

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *