Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Owner Tak Nak Pulang Deposit Sewa Rumah. Apa Patut Saya Buat?


Selalu sangat kita dengar penyewa jahat, tak bayar sewa rumah berbulan-bulan lepas tu tinggalkan rumah macam kandang lembu la dan macam-macam lagi. Tapi macam mana pula dengan penyewa yang baik tapi dapat owner yang jahat? Penyewa jaga rumah baik-baik, bayar sewa on time tak pernah lambat. Bila nak keluar rumah, penyewa settle kan semua bil dan cuci rumah bersih-bersih. Tapi last sekali owner tak nak pulang deposit sewa rumah dengan macam-macam alasan. Macam mana nak buat?

Apa Patut Anda Buat? Jika Owner Tak Nak Pulang Deposit Sewa Rumah

Cuba semak semula Tenancy Agreement semasa anda mula-mula sewa dulu. Ada tak setem hasil kat agreement tu?

Jika ada, agreement tu adalah sah di sisi undang-undang yang mana boleh dibawa ke mahkamah.

Apa yang anda perlu buat ialah mencari peguam yang boleh mewakili anda untuk menuntut deposit yang tak dipulangkan.

Bagaimana pula dengan bayaran peguam? Bayaran tidak ditetapkan, bergantung kepada kesukaran kes. Anda boleh berbincang dengan peguam anda mengenai kos peguam tersebut.

Untuk yang tak ada setem hasil di tenancy agreement, atau pun langsung tak ada agreement, anda boleh cuba dengan cara tuntutan hutang. Yang ini tak perlu peguam, tapi leceh sikit.

Pertama, kes anda mesti la bawah RM5000. Pergi ke pejabat mahkamah majistret dan maklumkan yang anda nak buat tuntutan kecil.

Nanti anda akan diberi borang, isi borang dan failkan 4 salinan. Bayaran pendaftaran perlu juga, tapi RM20 je.

Satu salinan orang tadi perlu diserahkan kepada defendan/owner yang berhutang dengan anda tu. Selepas tu kena kembali ke mahkamah untuk buat pengesahan penyerahan. Kos di sini RM8 sahaja.

Selepas tu anda akan berlawan dengan owner di dalam mahkamah. Jika anda menang, anda kena failkan kes tu dengan bayaran RM20. Owner akan diberi masa untuk bayar ganti rugi.

Anda kata tak bayar jugak, anda kena buat lagi satu borang dan notis tunjuk sebab dengan bayaran RM20 lagi.

Selepas tu mahkamah akan bagi pilihan nak buat macam mana kepada defendan tu, nak sita barang dia ke, nak mintak dia bayar ansuran ke, atau pun nak masukkan dalam penjara (tapi anda sponsor kos penjara).

Andai kata defendan tu tak hadir ke mahkamah, time ni baru la waran tangkap di keluarkan.

Kesimpulan

Lecehkan kalau tak ada dokumen yang sah. Jadi pastikan kalau anda nak sewa rumah, kena ada tenancy agreement yang dimatikan dengan setem hasil. Kalau owner tak nak letak setem hasil, batalkan niat sewa dengan dia demi melindungi hak anda.

BACA LAGI: Tuntutan Untuk Kes Pembelian Rumah

Nak sewakan rumah? Atau masih tercari-cari rumah sewa? Klik sini: Sewa/Beli Rumah , nanti kami semakkan untuk anda.

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

2 Comments

  1. Kes sy sewa rumah bulan2 byr tak ada masalah..bg notis termination contract 2 bulan owner tak accept dan tak nak pulangkan deposit..agreement semua ada cop lembaga hasil..sekarang owner nak fight kat mahkamah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *