Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Pelabur hartanah semua kapitalis hartanah!!


Anda pernah dengar atau terbaca status facebook ke twitter ke yang mengatakan pelabur hartanah semua kapitalis hartanah?

Apa yang mereka maksudkan dengan kapitalis tu?

Adakah anda tahu kapitalis ni sebenarnya macam mana dan mengapa terdapat golongan yang gelar pelabur hartanah ni sebagai kapitalis ye.

Apa Itu Kapitalis Hartanah

Kapitalis ni merujuk kepada seseorang individu yang mengumpul atau mempunyai lambakan modal/harta/duit yang sangat banyak dan menggunakan modal dia tu untuk mengaut keuntungan.

Istilah kapitalis ni sering digunkan sebagai sesuatu yang negatif, tetapi kapitalis ni hanyalah sekadar istilah, baik buruk itu bergantung kepada jenis macam mana kapitalis tu.

Dari sudut hartanah, kapitalis hartanah ni adalah mereka yang mempunyai modal untuk beli rumah secara pukal.

Sebagai contoh, individu A membeli 100 buah rumah dan menjualnya semula dalam masa terdekat dengan harga yang lebih tinggi.

Katakan la harga rumah tu RM400,000. Disebabkan dia beli secara pukal, selalunya developer akan bagi diskaun bulk purchase. Kita assume dia dapat beli rumah pada harga RM390,000.

Setelah dia dapat kunci, dia terus open sale kesemua rumah tu pada harga RM450,000. Kalau projek tu high demand, memang akan sold out, tetapi pada harga yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya.

Orang lain yang nak beli rumah tu terpaksa beli harga RM50,000 lebih tinggi. Kapitalis tu pulak dah kaut keuntungan kasar RM600,000.

Nampak tak kenapa ramai yang membenci kapital hartanah sampai semua pelabur hartanah pun digelar kapitalis.

kapitalis hartanah

Pelabur Tak Semestinya Kapitalis

Pelabur hartanah pula berbeza dengan kapitalis yang sebetulnya. Pelabur adalah individu yang melabur dengan membeli hartanah untuk jangka masa yang panjang.

Satu lagi, pelabur tak bolot semua rumah pada satu masa. Selalunya pelabur hanya beli satu hartanah untuk satu projek.

Kalau anda pernah dengar individu yang mempunyai 30 buah rumah, tu semua rumah di tempat yang berbeza.

Ye, pelabur memang akan rush nak beli rumah projek yang hot. Sama ja macam semua orang.

Kalau ada pelabur yang bolot sampai 10 buah rumah untuk satu projek, yang tu la pelabur yang dah masuk kategori kapitalis.

Tetapi ada juga kapitalis yang bukan negatif. Contohnya ada agensi hartanah yang beli secara pukal untuk dapatkan diskaun bulk purchase, tetapi menjualnya semula dengan harga yang sama.

Orang ramai masih dapat beli rumah tu pada harga yang sama.

Kesimpulan

Dua point utama yang anda boleh bezakan pelabur hartanah dan kapitalis hartanah iaitu jumlah unit yang dibeli dan tempoh pelaburan. Pelabur beli satu atau dua dan simpan untuk bertahun-tahun. Kapitalis pula beli dengan sangat banyak dan terus jual dalam masa terdekat.

Jika anda memerlukan bantuan dalam mencari rumah untuk dibeli/sewa, kami juga boleh bantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

BACA LAGI: Sewakan Rumah Pun Kapitalis Ke?

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *