Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Pelan Kecemasan Ketika Menghadapi Kemungkinan Banjir


Pelan Kecemasan Ketika Menghadapi Kemungkinan Banjir

Ada langkah yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan warga emas terutamanya semasa berlakunya bencana, kata Dr Noran Mohd Hairi dari UMMC.

Mungkin kita tidak boleh meramalkan bila berlakunya bencana yang akan datang, tetapi kita boleh membuat sedikitsebanyak persediaan yang perlu. Kanak-kanak tidak boleh selalu bersama orang tua mereka. Tetapi mereka boleh memastikan ibu bapa mereka mempunyai telefon bimbit supaya mereka masih boleh berhubung apabila talian tanah tergendala.

“Mereka juga mesti menyimpan nombor kenalan penting atau organisasi yang mereka boleh hubungi untuk meminta bantuan seperti Bomba, jiran, NGO dan sebagainya. Terdapat banyak organisasi yang bersedia dengan bantuan untuk dihulurkan, tetapi ia tidak banyak dapat digunakan jika warga tua tidak dapat mencapai mereka, “kata Dr Noran.

Menyediakan “kit kecemasan” juga merupakan suatu idea yang baik, katanya. Untuk orang tua, kit harus mempunyai semua jenis ubat-ubatan yang mereka perlukan dan juga susunan preskripsi, dokumen dan kad-kad perubatan mereka. Keperluan lain yang mesti ada adalah seperti air bersih, makanan yang tahan lama, lampu suluh dan wisel.

“Jika mereka memerlukan rawatan yang mendesak, keluarga harus mempunyai rancangan kecemasan dan mengenal pasti orang yang akan menolong dalam usaha untuk menjaga orang yang tersayang sehingga mereka dapat menjangkau mereka,” kata Dr Noran.

Masyarakat setempat juga perlu mengetahui rumah di mana terdapat warga tua berada bersendirian dan memastikan mereka dibantu apabila adanya bencana berlaku.

“Kadang-kadang anda tidak boleh hanya bergantung kepada jiran anda sahaja. Semasa bencana, mereka mungkin bertempur untuk memastikan kelangsungan hidup mereka sendiri juga. Tetapi jika pemimpin komuniti tempatan mempunyai senarai yang bersedia, tindak balas kecemasan boleh dirancang terlebih dahulu. Kita boleh mula merancang sekarang untuk bencana yang akan datang, “kata Dr Noran.

Presiden Persatuan Warga Emas Pulau Pinang A.A. Raja juga menggesa pemilik rumah orang tua dan kemudahan jagaan kejururawatan untuk mengelak daripada memilih lokasi yang terdedah kepada bencana banjir.

“Kedua-dua rumah kejururawatan di Jalan P. Ramlee dan Lengkok P. Ramlee di Pulau Pinang telah dilanda banjir pada masa lalu. Ini sepatutnya menjadi amaran dan pemiliknya sepatutnya mendapati lokasi yang lebih baik. Apabila berlakunya banjir, airnya meningkat dengan cepat dan sukar untuk menyelamatkan orang tua dengan segera, “katanya.

“Dan jika ia berlaku ketika waktu tengah malam, siapa yang akan berada di sana untuk membantu?”

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *