Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Korang tau tak kerajaan Malaysia ada bagi PENGECUALIAN duti setem bagi pembeli rumah pertama?
.
Ini bermakna KOS korang untuk beli rumah akan BERKURANG dengan banyak.
……….
Baru ni ada jumpa seorang kawan yang baru beli rumah under construction dari developer. Developer kenakan syarat untuk guna lawyer panel dorang.
.
Nak dijadikan cerita, agen dan lawyer tak tanya langsung samada kawan ni first home buyer atau tak. Lawyer terus kenakan charge stamp duty dan masukkan sekali dalam quotation fees.
.
Nasib baik kawan ni jenis yang peka dan bila dia tanya balik, jawapan yang diterima ialah, “Maaf, saya lupa pasal stamp duty exemption.”
.
Bayangkan perasaan kawan tu bila terjadi hal macam ni. Dah lah beza harga lepas pengecualian tu memang cukup besar. Rasa macam nak cari punching bag pun ada.
.
Walaupun lawyer bagitahu sekiranya ada lebihan stamp duty akan dikembalikan semula, nilai harga yang perlu dibayar dahulu bukan murah.
.
Di sini saya nak cerita dan pastikan pembaca kakiproperty.com tahu pasal pengecualian duti setem ni.
……….
Rumah berharga bawah RM300,000
= 100% pengecualian duti setem untuk perjanjian jual beli (Sales Purchase Agreement – SPA) dan perjanjian pinjaman (Loan Agreement – LA)
.
Rumah berharga antara RM300,000 ke RM500,000
= RM1,500 pengecualian duti setem untuk perjanjian pinjaman
……….
Syarat kelayakan untuk pengecualian duti setem:
1) Tarikh SPA antara 1 Jan 2019 – 31 Dec 2020.
2) Pembelian rumah berstatus kediaman (landed, condo, flat, apartment) sahaja.
3) Warganegara Malaysia.
4) Pembelian rumah pertama (pembeli yang pernah memiliki rumah melalui hadiah/pewarisan harta tidak layak).
……….
Jom kita buat sedikit kira-kira berapa banyak penjimatan yang korang akan dapat.
.
Kadar setem duti untuk perjanjian jual beli (Sales Purchase Agreement – SPA)
1) RM100k yang pertama = 1%
2) RM400k yang seterusnya = 2%
3) RM500k yang seterusnya = 3%
4) Lebih dari RM1 juta = 4%
.
Kadar setem duti untuk perjanjian pinjaman (loan agreement)
– 0.5% dari loan amount
.
Cuba kita ambil contoh harga rumah sebanyak RM300K
(RM100k pertama x 1%) + (Baki RM200k x 2%) + (RM300k x 0.5% untuk loan agreement)
= RM 1,000 + RM 4,000 + RM 1,500
= RM 6,500
*Pengiraan diatas hanyalah anggaran jumlah yang perlu dibayar.
……….
Bayangkan kita mampu JIMAT kos pembelian rumah sebanyak RM 6,500 hanya dengan pengecualian duti setem!
.
Kalau korang nak beli rumah, better beli waktu masih ada stamp duty exemption ni untuk kurangkan KOS beli rumah.
.
Boleh start kumpul duit deposit dari sekarang, sebab exemption ni hanya sampai 2020 je, itu pun kalau kerajaan tak ubah polisi!
……….
Pengajaran penting dalam cerita diatas ialah kena sentiasa alert tentang ilmu berkaitan hartanah.
.
Saya faham ramai pembeli rumah pertama yang kurang alert dan tiada ilmu yang cukup. Akibatnya, kos pembelian rumah jadi lagi tinggi.
.
Nasihat saya, kalau korang ada plan nak beli rumah, banyakkan baca info dan ilmu terkini berkaitan hartanah dan dapatkan khidmat nasihat perunding hartanah.
Tahukah anda, jika anda pemilik rumah, ada kos-kos lain juga yang terlibat semasa menjual rumah? Ikuti artikel ini : Kos Menjual Rumah