Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Yishun jadi Yistana: Ada apa dengan Flat HDB kediaman Presiden Singapura Halimah Yacob?


Baru-baru ini kita digembarkan dengan berita dari negara jiran kita Singapura tentang perlantikan presiden yang merupakan seorang perempuan! Presiden Halimah Yacob adalah presiden pertama di Singapura yang merupakan seorang perempuan, Melayu dan Muslim.

Sebelum ini, Singapura pernah ditadbir oleh presiden lelaki Melayu bernama Yusof Ishak pada tahun 1960-an. Perlantikan Halimah Yacob sebagai presiden Singapura yang ke-8 telah dibuat tanpa sebarang pilihan raya selepas pihak berkuasa menegaskan pihak lawan beliau iaitu Salleh Marican and Farid Khan tidak layak untuk memegang jawatan sebagai presiden.

Apa yang menariknya, di antara presiden – presiden yang pernah dilantik, hanya Yusof Ishak yang setuju untuk tinggal di Istana iaitu nama kediaman rasmi untuk presiden Singapura.

Presiden Singapura berkeras untuk tetap tinggal di Yishun Avenue 4

Seperti presiden – presiden yang dilantik sebelum ini, Halimah Yacob telah menegaskan pada pihak media bahawa beliau tidak akan berpindah ke Istana.

Menyifatkan Yishun Avenue 4 sebagai kawasan perumahan yang bagus dan selesa, Halimah Yacob selesa untuk terus tinggal di kediaman asalnya. Halimah Yacob telah mendiami Yishun Avenue 4 semenjak 30 tahun yang lalu bersama ahli keluarga beliau yang lain.

Yishun Avenue 4 adalah perumahan awam yang juga dikenali sebagai flat HDB di Singapura. Di Singapura, semua perumahan awam adalah dikawal selia oleh Housing and Development Board (HDB).

Mari kita selongkar kelebihan Flat HDB Avenue 4 yang menyebabkan presiden Halimah Yacob berkeras untuk tetap tinggal di situ.

1. Flat HDB: Kediaman Kebanyakan Warga Singapura

Jika Halimah Yacob masih berpegang dengan keputusannya, beliau adalah satu satunya presiden Singapura yang tinggal di flat HDB. Mantan presiden Singapura yang lain semuanya mendiami kawasan persendirian. Apabila ditanya tentang hal berikut, beliau dengan tenang menjawab:

Jika ia baik untuk warga Singapura, maka ia juga baik untuk saya

Lebih daripada 80 peratus rakyat Singapura menetap di flat HDB yang biasanya berdekatan dengan kemudahan – kemudahan awam seperti sekolah, pusat rekreasi, pengangkutan awam, klinik dan pasar raya. HDB menawarkan pemilikan sementara sehingga 99 tahun dari pelbagai jenis flat kediaman mengikut peruntukan kewangan individu yang memohon.

2. Kediaman Yang Luas

Kediaman Halimah Yacob di Yishun Avenue 4 sebenarnya telah diubah suai daripada 2 unit rumah yang disambung menjadi satu. Bak kata suami beliau, Mohamed Abdullah Alhabshe, rumah mereka itu telah dibuah suai dan menyamai luas sebuah penthouse.

3. Dekat Dengan Rakyat

Halimah Yacob menyifatkan keputusan beliau untuk terus tinggal di Yishun Avenue 4 dapat membolehkan beliau untuk memahami masalah – masalah rutin warga Singapura dengan lebih mendalam seperti  lif rosak atau kawasan kediaman yang kotor.

4. Cukup Selamat

Apabila ditanya tentang keselamatan beliau di perumahan awam, Halimah Yacob berpendapat beliau akan menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa keselamatan. Selepas dipantau, didapati keselamatan di kawasan Yishun Avenue 4 telah dipertingkatkan semenjak Halimah Yacob diumum sebagai presiden Singapura yang ke-8.

Antara perubahan yang telah berlaku dari segi keselamatan adalah:

  • Pasukan keselamatan yang akan memeriksa kawasan perumahan sebelum presiden keluar atau masuk ke kawasan perumahan
  • Pasukan keselamatan yang mengiringi presiden Halimah dari uni beliau sehingga kenderaan rasmi presiden: Mercedes Benz berplat no SEP 1
Tempat Letak Kereta Khas Untuk Polis Dan Kenderaan Rasmi

5. Kenangan

Rumah ini adalah satu – satunya rumah kediaman Halimah bersama suami dan anak – anaknya. Halimah berpendapat rumah sepatutnya menjadi kenangan yang berharga, bukanlah satu pelaburan untuk mendapatkan untung.

Pastinya keputusan Halimah Yacob untuk terus tinggal di Yishun Avenue 4 pasti menimbulkan reaksi pelbagai pihak. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Rujukan:

  1. Al-Jazeera
  2. Straits Times
  3. Singapore Housing and Development Board
  4. The Independent Singapore
  5. Berita Harian Singapura
Kongsi Artikel Ini
Nurul Aiman Karim
Nurul Aiman Karim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *