Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Dulu heboh tentang projek ECRL yang akan menelan belanja sebanyak RM55 bilion dengan kerjasama dengan syarikat dari negara China. Bermakna projek ini adalah di antara kerajaan Malaysia dan China.
Yang menjadi isu bualan rakyat adalah kos yang akan digunakan adalah pinjaman daripada China. Bila sebut pinjaman, bermakna kita perlu bayar balik dengan FAEDAH.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ini akan mempunyai laluan sepanjang 668km di kawasan pantai timur.
Baru-baru ini timbul pula isu projek ECRL tak perlu bayar GST? Fuh, memang kecoh la kalau bab GST tak kena bayar ni, tambah-tambah nak dekat dengan PRU.
Kalau syarikat China Communications Construction Company (CCCC) yang merupakan kontraktor projek tu dapat perlepasan GST, anda rasa berapa bilion rakyat rugi?
Beberapa pihak menyokong dengan mengatakan “Bagaimana pula hendak kena GST kerana projek mega ini adalah usaha sama antara kerajaan China dan Malaysia. Bahkan kerajaan China tawar kemudahan pinjaman dengan kadar faedah rendah sebagai timbal balas.”
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy pula berkata “Ia bagi kurang kos projek yang berorientasi kemudahan awam. Secara am, pelepasan ini bagi memastikan projek strategik dapat dilaksanakan dengan jaya serta beri manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhan”
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To pula menjelaskan, pelepasan cukai GST dibuat bagi mengelakkan proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih.
Bermakna kita dapat pinjaman untuk projek tu dengan faedah paling rendah di dunia iaitu 3.25% yang dinyatakan astro awani. Sebab tu tak perlu GST. Jika GST dikenakan, adakah faedah akan naik?
Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf) mempersoalkan tindakan tu sebab macam tak adil la kan. Katanya “Kita beli bahan-bahan mentah seperti simen, paku pun kena GST. Itu perniagaan paling besar, bukan kecil-kecil.
“Sekarang ini, orang miskin pun kena GST, orang tak bekerja pun kena GST sebab nak beli barang ada GST.”
“Jadi, inilah masanya kalau nak kutip GST kepada syarikat-syarikat besar untuk bayar GST,”
Bagi pihak pembangkang pula, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek ECRL yang membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bernilai RM55 billion itu merupakan satu pembaziran.
Sudah tentu ramai yang tak puas hati sebab yang lain kena GST, tiba-tiba syarikat besar yang buat projek MEGA tak perlu bayar, tak seronok la kan.
Setiap pihak ada perspektif yang tersendiri, setiap keputusan yang dibuat ada baik ada buruk. Jadi anda nilaikan sendiri.
Bagaimana mana kalau anda lihat daripada sudut hartanah?
Adakah dengan adanya ECRL, nilai hartanah di pantai timur akan naik? Ada kemungkinan sebab antara faktor kenaikan harga hartanah adalah jaringan pengangkutan.
ECRL ni pula akan merangkumi Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mek-mek Pantai Timur nanti boleh jimat nak balik kampung.
Tapi projek ni akan ambil masa tujuh tahun untuk siap. Jika BN menang PRU nanti, projek masih diteruskan. Jika PH yang menang, akan dikaji semula. Tapi kalau betul-betul projek ini berguna, siapa pun yang menang pasti akan teruskan sampai siap. Anda pula bagaimana?