Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Selalu kita dengar peribahasa jauh berjalan luas pemandangan. Tapi oleh kerana terlalu lama sangat meninggalkan rumah mungkin peribahasa ini akan bertukar menjadi jauh berjalan, ramai ‘kawan-kawan’.
Ramai sedar atau tidak sedar, perilaku individu tiba-tiba berubah bila tiba di rumah selepas berjalan jauh. Mungkin menjadi pendiam, panas baran, demam secara mengejut atau tidak berperilaku seperti sediakala. Kenapa ini boleh terjadi? Adakah faktor letih atau sebenarnya dia telah menjemput ‘kawan-kawannya’ ke dalam rumah? Walahualam…
Penulis hari ini, bukan ingin bercerita tentang jenis ‘kawan’ yang mungkin anda bawa pulang tetapi tatacara/adab masuk ke rumah selepas berjalan jauh. Ini sekaligus dapat membantu pembaca di jauhi dari gangguan anasir jahat.
Ucapkan salam dengan jelas dan sempurna sebelum melangkah kaki kanan ke dalam rumah anda.
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Assalamualaina wa ala ibadillah hissolihin
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Penulis pernah mendengar ceramah yang mengesyorkan pengucapan
بسم الله الرحمن الرحيم (Sebanyak 3 Kali) dan mengucapkan salam sebagai adab untuk mamasuki rumah yang ditinggalkan.
SATU: Sunat memberi Salam, walaupun rumah itu kosong!
KEDUA: Besar fadilatnya.
KETIGA: Bukan manusia sahaja penghuni di dunia.
Kenapa perlu basuh kaki? Ini merupakan satu amalan yang sering kita lakukan sejak turun temurun. Ada yang beranggapan ini hanyalah pesan orang tua. Ada juga yang beranggapan budaya ini tidak relevan pada masa kini. Kerana, zaman sekarang mana ada tempayan depan rumah untuk cuci kaki!
Pucuk pangkalnya, kebersihan perlu dijaga. Jin dan Syaitan amat mengemari benda-benda yang kotor. Perjalan jauh adakalanya mengundang mereka yang tidak diundang ke dalam rumah anda.
Alunkan bacaan 3 Qul ini setelah melangkah masuk ke dalam rumah anda. Bagi sesetengah orang, mungkin perkara ini senang untuk dilakukan. Tapi perlu di ingatkan, bacaan haruslah betul dan jelas. Ini kerana setiap surah ini membawa makna yang tersendiri. Tidak perlu terlalu kuat, sekadar sederhana nadanya. Secara ringkasnya,Surah An-Nas dan Surah Al Falaq membawa maksud memohon perlindungan kepada Allah SWT dari segala kejahatan, penghasut dan orang yang dengki (jin dan manusia).
Terang lagi nyata, bahawa gangguan bukan sahaja datang dari golongan manusia, malah jin juga turut terlibat sama.
Surah Al Jin, ayat ke 11
“Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada yang soleh dan ada (pula) sebaliknya. Kami menempuh jalan yang berbeza-beza”.
Pada pandangan penulis, mungkin coretan ini dapat membantu anda sekeluarga dari diganggu oleh ‘kawan’ yang menumpang pulang atau ‘kawan’ yang menumpang rumah semasa ketiadan anda. Pulang dari perjalan yang jauh menyebabkan individu berasa letih dan kepenatan. Adakalanya, faktor jalan yang di lalui menambah lagi gangguan semasa dan ketibaan destinasi anda. InsyaAllah, diri kita akan di lindungi bila kita percaya dengan kuasa yang Maha Esa.
p/s: Kan elok bila basuh kaki, sebelum alunkan Surah 3 Qul. Sekurang-kurangnya kita yakin diri tehindar dari najis. Kalau perasan ada barang teralih, diselongkar atau bersepah. Please recheck all important things around your house, make a police report!
Rujukan.