Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Rancangan Iluminati Yakjuj Makjuj Dalam Mempengaruhi Hartanah Malaysia (Patut lah rumah mahal!!)


Fuhhh.. Tajuk macam ganas. Sebenarnya tak lah Yakjuj Makjuj dalam erti kata sebenar. Tapi lebih kepada pemain-pemain dalam hartanah yang antara sebab utama kenapa rumah setakat 450 sqft dekat entah mana-mana boleh di jual sehingga setengah juta ringgit!!

Bukan yang ni ya!!

Mereka ini lah “dajjal” dan “yakjuj makjuj” nya menurut En Ed Aswandi! Akibat daripada tindakan mereka ini, maka pasaran hartanah menjadi mahal. Walaupun begitu mereka menerima hasil dari tangan mereka sendiri iaitu terjadi nya lambakan unit-unit tak terjual yang banyak di lokasi-lokasi tertentu.

Mari kita baca kan perkongsian beliau.

p.s: En Ed Aswandi adalah pelabur yang mempunyai pelaburan di pelbagai tempat. Bicara nya boleh di dapati di laman facebook beliau di sini 


 

GAME ILUMINATI HARTANAH YAKJUJ MAKJUJ

Sedia maklum seminggu ni banyak berita sensasi dalam Hartanah Malaysia. (Awas panjang !!!)

Terbaru Kerajaan telah membekukan mana2 pembangunan hartanah mewah, shopping mall, office, commercial, hartanah kediaman & yang sewaktu dengannya yang berharga RM1 Juta keatas di dalam Kuala Lumpur berkuatkuasa 1 Nov 2017.

 

Ini adalah kerana pihak Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan & amaran bahawa Malaysia telah mengalami “Property Glut” atau Over Supply yang tertinggi didalam abad ini.

 

Supply & Demand tidak seimbang didalam pasaran hartanah sejak 2015 lagi yang mana terdapat unit tidak terjual yang sangat tinggi iaitu sebanyak 130,690 units yang majority nya berharga RM500K keatas dan didominasi oleh perumahan jenis bertingkat Medium-High Rise terutamanya di Johor dan di ikuti di Klang valley.

 

Ditambah pula harga sebegitu tidak seimbang dengan punca pendapatan majority rakyat dan kebanyakannya tidak boleh commit pembelian hartanah sebegitu.

Padan muka pada Yakjuj Makjuj rakus yang berpaksikan pada keuntungan berlipat kali ganda. Korang tanggunglah liabiliti unsold unit tersebut. Sanggup gadaikan tanah air sendiri kepada pembeli asing demi kepentingan profit semata2.

 

Sedia maklum setiap negeri punyai harga minimum bagi orang asing untuk membeli hartanah. Seperti di Selangor harga minimim ialah RM1 Juta dan RM2 Juta bergantung pada zone daerah. Jika di Johor harga minimum yang boleh dibeli oleh orang asing ialah RM1 Juta.

 

TETAPI, terdapat pengecualian perlepasan syarat yang diberikan oleh Economic Planning Unit (EPU) untuk urus niaga hartanah tertentu yang diberikan kepada Kerajaan Negeri masing2. Maknanya harga minimum yang boleh dibeli oleh orang asing adalah lebih rendah atau tiada langsung.

 

Seperti hartanah di Johor. Perlepasan tersebut diberikan didalam kawasan Special Economic Zone iaitu di Medini Iskandar Johor. Medini Iskandar tidak mempunyai sekatan ke atas pemilikan asing. Tidak ada harga minimum bagi pembeli hartanah asing, dan pembelian hartanah asing dikecualikan daripada cukai keuntungan hartanah sehingga 31 Dis, 2025.

 

Forest City Johor

Juga diberi status istimewa ialah Forest City, pembangunan usaha sama Malaysia-China di Iskandar yang telah ditetapkan dalam zon bebas cukai. Harga minimum untuk pembeli asing ialah RM500K bagi setiap unit strata.

 

Anda tahu berapa jumlah unit Fasa 1 – 2 pembangunan jenis rumah bertingkat Medium- High Rise di dalam Forest City ? Boleh kata Apartment sahaja berjumlah hampir mencecah 13,000 Units. Sebab terlalu banyak sangat hingga tak terkira dah berapa jumlah tepat. Jumlah unit kesemua bila siap sepenuhnya pun tak tahulah berapa puluh ribu units.

 

Majority harga yang dijual adalah melebihi RM500K seunit walaupun ia bersaiz studio. Memang dia dibina bertujuan khas untuk warga negara asing. Anda ingat rakyat di Johor mampu ? even sektor pekerjaan dan level gaji di Johor pun lebih rendah dari KL/ Selangor.

 

Tidak mustahil akan datang, terdapat bergerombolan rakyat marhaen yang merempat di atas tanah air kelahiran negeri sendiri dijajah & dicengkam oleh LandLord warga asing.

 

Jika di Klang Valley, Yakjuj Makjuj swing the game kepada size & volume. Kononnya marketing jual dengan harga mampu milik RM300K. Buy now or never walau lokasi macam harem. Kecilkan saiz serta built up menjadi studio, SoHo, SoVo dll. Mereka main volume, bina projek hingga beribu ribu units tanpa fikir density & keperluan ruang terutama yang berkeluarga.

 

Selian dari itu, status tanah asalnya berstatus kediaman. Yakjuj Makjuj convert tukar kepada commercial. Sebab untung melipat gandakan keuntungan dengan membangunkan Mixed Developement bercampur commercial, mall, office, hotel, SoVo dengan kediaman di bawah Housing Development Act (HDA).

 

Bagi tanah yang sedia ada berstatus commercial, sepatutnya dibangunkan unit commercial sahaja. Tetapi dimohon membangunkan unit kediaman agar dapat membina Servis Apartment, SoHo, Studio, unit kecil di bawah Housing Development Act (HDA) yang mana tarif bil utiliti mahal standard commercial. /EdS

#PropertyGlut
#DajjalHartanah

Mencari rumah untuk didiami bersesuaian dengan bajet yang ada? Klik SINI untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *