Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Risiko Kewangan Anda, Kadar Keberhutangan Tinggi?


Adakah anda faham apa itu risiko kewangan? Secara ringkasnya, risiko kewangan anda adalah risiko sesorang kehilangan punca pendapatan atau terdedah kepada sesuatu yang memerlukan perbelanjaan tinggi.

Contohnya kalau tetiba jatuh sakit yang terpaksa bayar bil perubatan yang tinggi setiap bulan.

Macam Mana Tu?

Setiap orang memang terdedah dengan risiko kewangan. Tak kira anda makan gaji atau ada perniagaan sendiri. Pasti ada risiko kewangan.

Bezanya, bagaimana anda boleh uruskan risiko kewangan anda.

Disebabkan risiko kewangan juga la ramai yang lebih selesa bekerja makan gaji daripada bekerja sendiri.

Bagi yang berpendapatan rendah sudah tentu mempunyai risiko kewangan yang lebih tinggi.

Kadar keberhutangan yang tinggi pun akan naikkan risiko kewangan ni tau.

Tetapi risiko kewangan bukan lah sesuatu yang perlu ditakutkan jika anda tahu untuk menguruskannya.

Uruskan Risiko Kewangan Anda

risiko kewangan
Image: Facebook

Menguruskan risiko kewangan ni lebih kepada “sediakan payung sebelum hujan”

Maknanya anda prepare diri sendiri dengan kemungkinan yang akan terjadi.

Kalau bab kesihatan, ada yang ambil insurans sebagai perlindungan. Jangan salah faham, kami bukan jual insurans ye.

Cuma insurans ni anda boleh jadikan salah satu persediaan anda.

Bagaimana pula dengan yang lain pulak?

OK, selain insurans, aset seperti hartanah juga memainkan peranan bagi mengurangkan risiko kewangan anda.

Ada orang kata, “saya ada kereta saya sebagai aset”. Ha, kereta tu bukan aset ye. Kereta tu tergolong dalam liabiliti iaitu sesuatu yang anda kena keluarkan duit. Maintenance, roadtax, cost repair dan nilainya susut.

Berbanding dengan hartanah, nilainya semakin meningkat. Cuma time beli hartanah tu pastikan ada ilmu hartanah dulu ye.

BACA LAGI: 8 Sebab Loan Kena Reject 

Kenapa hartanah ni boleh jadi perlindungan?

Sebabnya hartanah ni merupakan satu aset yang anda boleh cashkan kepada nilai yang lebih tinggi.

Banyak kes yang mana seseorang itu hampir di ishtiharkan muflis kerana hilang sumber pedapatan dan tak dapat membayar hutang yang banyak.

Tetapi dia ada rumah untuk dijual dan hasil jual rumah dapat mengeluarkan dia daripada hampir muflis sementara untuk dia mendapatkan sumber pendapatan yang baru.

Disebabkan itulah ramai yang sedar kepentingan mempunyai hartanah sendiri.

Bukan la hartanah ni satu-satunya cara nak uruskan risiko kewangan anda. Ada beberapa cara yang banyak dikongsikan oleh pakar-pakar kewangan.

Kesimpulannya, anda perlu siapkan diri dengan ilmu kewangan agar dapat menyediakan diri kalau apa-apa terjadi. Tapi doa la agar dihindari daripada masalah macam tu.

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *