Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Dalam industri hartanah, memang ada persaingan antara pemaju. Persaingan ini membuatkan pemaju memperkenalkan IBS, teknologi terkini, dan juga design moden.
Paling banyak dibuat adalah design bumbung pendek atau rendah/rata. Apa kesannya kepada penghuni rumah tu?
1. Pemaju banyak buat rumah reka bentuk baru hari ini. Reka bentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
2. Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
3. Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
4. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus kedinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
5. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
6. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
7. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air kedalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus kedalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
8. Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
9. Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
10. Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
11. Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa disini. Moga jelas dan makin faham.
Ditulis oleh:
Dr. Azizul Azli Ahmad
Seorang tenaga pengajar di IPT, tapi banyak berceloteh pasal pengurusan kewangan. Banyak berkongsi tips kewangan, budget harian, bulanan dan sebagainya di Facebooknya.