Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Rumah Pr1ma Terjual Kurang Dari 10%, Di Manakah Kemampuan Rakyat?


Korang tahu tak, daripada 141,661 unit rumah PR1MA yang telah dibangunkan, hanya sebanyak 11,944 unit Rumah Pr1ma terjual setakat ini. Ini menunjukkan sejauh mana kemampuan rakyat ketika ini dalam membeli rumah pertama mereka. Ramai daripada rakyat Malaysia masih tidak berkemampuan untuk mendapatkan rumah mereka sendiri.

Ini menunjukkan bahawa rumah-rumah PR1MA yang berharga di antara RM100,000 dan RM400,000 masih lagi berada di luar kemampuan rakyat ketika. Tengoklah peluang kerja pun tak sehebat dahulu. Dengan harga barang yang semakin melambung, kos kehidupan di bandar besar sudah semakin tinggi jika dibandingkan pendapatan purata rakyat semasa.

Housing Watch, sebuah inisiatif dari Bank Negara telah membuat anggaran bahawa 57.6 peratus isi rumah di negara ini memiliki pendapatan bulanan sehingga RM5,999. Mereka hanya mampu untuk membeli rumah yang berharga hingga RM354,111 sahaja.

Manakala mereka yang berpendapatan kurang dari atau sama dengan RM1,999 hanya mampu untuk membeli kemungkinan rumah yang berharga dari RM112,200 dan RM124,700. Mana nak ada harga rumah macam nie, betul tak? Sebab itulah ramai yang mengadu masih menyewa walaupun dah beranak-pinak kerana dengan pendapatan yang kecil, mereka tidak mampu untuk merealisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri.

PR1MA turut melaporkan, kebanyakan pemohon digugurkan apabila tiba di peringkat pembayaran  kerana sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dari pihak bank. Kalau pinjam pun tak lulus mana nak dapat apply rumah kan? Nak bayar celah mana? Dah tu, ramai yang menarik diri dan membatalkan pembelian.

Oleh itu, untuk menggalakkan orang ramai membeli, Skim Pembayaran Fleksibel (SPEF) telah diperkenalkan kepada umum. Ia membolehkan peminjam untuk mendapatkan pinjaman pada kadar yang lebih tinggi supaya lebih banyak Rumah Pr1ma terjual.

Namun, sejak ia mula diperkenalkan dalam bulan Januari lalu, hanya seramai 50 orang pemohon yang telah diluluskan di bawah skim SPEF. Bukan PR1MA sahaja yang mengalami masalah ini, pemaju lain pun mengalami masalah yang sama.

Dalam keadaan PR1MA sudah mendapat kelulusan untuk membina sebanyak 259,881 lagi unit rumah, ia membayangkan bahawa isu kemampuan akan membawa kepada lambakan rumah, yang kini sudah dapat dilihat.

Nak jual rumah? Klik  sini: Jual Rumah

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *