Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Ini kisah benar. Saya kongsikan semula untuk anda semua baca. Ini adalah kata-kata keluar dari mulut Uncle Lim (bukan nama sebenar): “Saya beli rumah untuk anak saya. Nanti dia besar tak susah!”
Saya jumpa Uncle Lim di sebuah pasar raya. Waktu tu saya sedang mempromosi kan sebuah projek di Petaling Jaya. Uncle Lim adalah seorang usahawan. Dia memiliki kedai runcit franchise dan juga syarikat binaan kecil-kecilan.
Uncle Lim ada anak 4 orang. 3 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulung nya dah besar. Sebaya saya waktu tu. Tetapi anak lelaki yang ke 3 baru dalam tingkatan 4 manakala anak bongsu perempuannya berumur 12 tahun. Masih kecil. Sebenarnya jarang saya jumpa rakan berbangsa Cina yang mempunyai anak agak ramai macam Uncle Lim.
Setelah berbincang, Uncle Lim setuju untuk tengok projek yang saya promosikan. Dia datang hari ahad dengan anak dan isterinya. Selepas tengok projek tersebut, dia setuju untuk book dan beli.
Ini kata-katanya yang saya ingat.
” Saya sudah tua. Mana ada pencen. Nanti mati pun tak ada tinggal apa sama anak-anak. Saya tiap seorang anak saya belikan satu rumah. Dulu saya beli di Kepong. Rumah apartment. Harga saya beli RM 150,000. Sekarang sudah jadi RM 450,000. Itu saya beri anak sulung saya.
Rumah ke dua saya beli di Sentul. Harga sudah mahal. RM200,000. Tapi sekarang harga dah naik jadi RM 400,000. Itu anak saya yang nombor 2 saya bagi sama dia.
Lepas itu saya beli satu lagi SoHo. Itu saya beli untuk anak saya nombor 3 yang lelaki tu.
Hari ini saya beli untuk anak saya yang bongsu. Yang perempuan. Dia saya bagi special sikit beli SoHo di Petaling Jaya ni untuk dia.
Fuhh! Hebat Uncle Lim. Tiap anak dia ada sebuah rumah di beli. Setiap nya juga dia dah sediakan ilmu untuk urus harta masing-masing.
Kata Uncle Lim lagi:
Saya kerja kuat. Tapi anak-anak tak tentu lagi mahu buat bisnes saya. Kalau saya bagi bisnes saya tak tentu lagi dia boleh teruskan. Budak-budak sekarang suka belajar, kerja pakai baju cantik, duduk ofis aircond. Tak mahu berniaga.
Jadi kalau saya bagi satu orang satu rumah, dia boleh ada “starting point” untuk mulakan hidup.
Nanti kalau nak belajar tak ada duit, boleh jual rumah tu. Kalau dia mahu bukak bisnes sendiri ke, boleh jadikan modal.
Sambil dia bercakap, saya lihat anak nya sedang seronok tengok scale model. Yelah. Scale model kan macam mainan Lego.
Sambung Uncle Lim lagi:
Kita kerja kena rajin. Tapi duit kita simpan kena simpan tempat betul. Kalau simpan bank, senang mahu keluar.
Simple way mahu simpan wang, kita simpan dalam bentuk batu. Kita simpan jadi rumah. Beli rumah tak ada rugi maaaa.
Tapi you mahu beli sahaja kena tahu dan belajar sikit supaya tak silap beli. Jangan risau beli rumah untuk anak. Tak ada rugi.
Saya senyum. Seronok berbual dengan Uncle Lim. Saya ingat nak sambung lagi tapi isterinya datang menyapa sambil senyum.
“Eh, ok lah. Nanti I contact you untuk bagi details semua yaa. I nak bawak my daughter ni pergi kelas piano. Nanti kita jumpa. Thank you ya!”
Tamat kisah saya dengan Uncle Lim.
Konsep ini jarang orang Melayu terapkan. Bagi kita orang Melayu kebanyakannya berkata, harta tak boleh di bawa mati. Cukup mereka kata siapkan ilmu akhirat. Tapi bukankah bagus siapkan kedua-dua nya sekali?
Tak kah kita teringat yang datuk nenek kita sebenarnya dah awal lagi mengumpul harta untuk anak-anak mereka. Mereka bukan beli rumah untuk anak. Tapi beli tanah.
Tapi harta mereka dalam bentuk tanah. Dalam bentuk plot tanah kediaman, kebun, mahupun sawah.
Bila kita berhijrah ke bandar, nak memiliki tanah semacam tok nenek kita, kita tak pandai. Permainannya dah berbeza. Di bandar kita kena beli rumah.
Dan nak memiliki rumah bukanlah susah tapi tak ramai yang mahu melabur. Bukankah dengan melabur hartanah nanti dapat membantu anak-anak di kemudian hari?
Kalau anak itu nak sambung belajar, atau mahu berniaga, boleh lah digunakan sebagai modal. Tidaklah dia perlu meminjam untuk sambung belajar dan kemudian terperangkap dalam hutang!
Itu contoh Uncle Lim yang saya ceritakan. Saya amat berharap bangsa Melayu ini boleh mengubah mindset nya dalam pelaburan hartanah supaya menjadi macam Uncle Lim.
Anda berhajat untuk beli rumah atau semak harga rumah? Bolehlah ke sini: Beli Rumah, nanti kami akan semakkan untuk anda.