Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Skim MyDeposit – Sehingga RM30,000 insentif kerajaan untuk bantu anda miliki rumah anda! Tak perlu bayar balik. Betul ke ni?


Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya. Azam anda untuk memiliki rumah pada tahun ini adakah sudah tercapai? Jika belum, jangan risau. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau Skim MyDeposit untuk mengalakkan lagi pemilikan rumah untuk rakyat di Malaysia. Ini sekaligus dapat meringankan beban anda untuk membayar deposit rumah pertama anda. Menarik bukan?

Apa itu Skim MyDeposit atau Skim Pembiayaan Deposit Rumah pertama?

Skim MyDeposit merupakan inisiatif Kerajaan bagi meningkatkan keupayaan rakyat untuk memiliki rumah pertama melalui sumbangan bayaran insentif deposit oleh pihak kerajaan pada pembeli rumah pertama.

Maka anda perlu merebut peluang keemasan ini. Sebab Kerajaan akan membantu anda membayar 10% deposit bakal rumah anda tanpa bayaran balik. Waaaa. Banyak bukan? Tapi, masih ada syarat-syarat yang perlu anda patuhi.

 

Jumlah Insentif yang bakal di terima.

Insentif yang diberikan sebanyak 10% daripada harga rumah atau maksimum RM30, 000 (mengikt mana yang terendah)

Contohnya: Rumah yang anda beli bernilai RM 500,000. Deposit yang perlu anda bayar ialah 10% daripada RM 500,000 ialah RM50, 000. Oleh kerana jumlahnya melebihi RM30, 000, maka insentif yang diberikan menurut Skim Rumah Pertama hanya sebanyak RM30, 000(HAD MAKSIMUM)

 

Ini Pinjaman ke atau kami perlu bayar semula?

TIDAK perlu bayar semula. Jadi Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama ini bukanlah satu bentuk pinjaman. Tetapi lebih kepada insentif daripada pihak kerajaan untuk bakal pemilik rumah.

Apa maksud insentif ye? (inséntif) : sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, dorongan, galakan: berbagai-bagai. Jadi insentif merupakan satu bentuk pemberian, jadi anda tidak perlu membayarnya balik. Yeay!

 

Berapa lama tempoh Skim ini dibuka?

Dibuka selama dua bulan! Bermula dari 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018. Tempoh proses permohonan akan mengambil masa dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.Surat tawaran pula akan ditawakran selepas tamat tempoh tersebut.

MORATORIUM

Eh..apa pulak moratorium ni? Definisi moratorium ialah penggantungan atau penang­guhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama. Atau lebih mudah, sebarang kegiatan yang anda tidak boleh lakukan sepanjang tempoh masa diberikan seperti yang tertulis di dalam perjanjian.

Antaranya:

  1. Tempoh sekatan moratorium yang dikenaan selama 10 tahun.
  2. Syarat moratorium dimasukkan dalam surat tawaran bersyarat.
  3. Rumah tersebut tidak boleh ditukar milik sepanjang tempoh moratorium
  4. Tempoh moratorium bermula daripada tarikh surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani
  5. Sekatan moratorium akan dimasukkan dalam dokumen hakmilik rumah.

Banyak lagi syarat-syarat yang perlu anda fahami dan baca. Yang pasti Skim MyDeposit sedikit sebanyak meringankan beban anda untuk memiliki rumah pertama anda. Pun begitu, pastikan anda benar-benar layak untuk memohon Skim MyDeposit ini. Tak baik ambil hak orang lain, kesannya mungkin datang tanpa kita sedar. Jadi, pastikan memohon jika anda memang benar layak. Bantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Oh… anda boleh melayari laman web di bawah untuk melihat syarat-syarat dan cara memohon Skim MyDeposit. Kami dari Kaki Property mendoakan anda supaya berjaya dengan pemilikan rumah pertama anda.

  1. https://sprn.kpkt.gov.my/info/mydeposit
  2. https://sprn.kpkt.gov.my/sites/default/files/DEC_FAQ_SKIM_MYDEPOSIT.pdf
  3. https://sprn.kpkt.gov.my/sites/default/files/V3_DEC_BUKU_MEKANISME_PELAKSANAAN_SKIM_MYDEPOSIT_Pindaan1.pdf

 

 

 

Kongsi Artikel Ini
Nurul Zolman
Nurul Zolman

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *