Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Apa alasan atau sebab kita beli rumah? Bagi kebanyakan pembeli rumah terdapat dua sebab utama mengapa satu-satu rumah itu menjadi pilihan.
Bagi yang membeli rumah untuk didiami sendiri pula banyak faktor yang harus diambil kira. Barangkali faktor tersebut boleh jadi jarak dari bandar, harga, senibina, lokasi yang istimewa atau pelbagai lagi.
Namun ada juga yang gemar memilih lokasi tertentu seperti dekat dengan kawasan hijau atau bukit yang sejuk mata memandang. Ini termasuklah personaliti terkenal Linda Onn.
Roslindah binti Onn atau Linda Onn memiliki sebuah rumah banglo dua tingkat Bukit Indah, Ampang. Ia pernah menjadi tular diblog-blog pada sekitar tahun 2009 dan 2015. Rata-rata netizen terpersona dengan kecantikan senibina dan hiasan dalaman yang dipaparkan oleh blog serta media-media arus Perdana.
Secara ringkas, unit-unit dibawah projek Setiahills yang dimajukan oleh Pemaju SP Setia ini mempunyai;
Untuk projek Setiahills ini terdapat 45 unit yang dibina dan telah siap sekitar tahun 2008. Harga bagi unit-unit ini semasa perlancarannya ialah sekitar RM2-RM3 juta.
Team wartawan Kosmo pernah menyiarkan temubual bersam Linda Onn mengenai rumah personaliti ini tahun 2009 dan ia juga tersiar di Kosmo Online.
Bagi unit yang didiami oleh Linda, ia mempunyai keluasan 8000 kaki persegi (termasuk tanah) yang terletak di lot hujung. Unit ini juga mempunyai dua tingkat dan bilik sebanyak 5 +1.
Keunikan boleh diperlihatklan dengan konsep spavila banglo yang dibangunkan. Setiahills ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang istimewa seperti kolam peribadi dan kawalan keselamatan 24 jam.
Wow faktor kepada Setiahills ialah pada lokasinya kerana ia terletak di Bukit Indah yang mempunyai persekitaran yang tenang dan hijau. Ini mungkin menjadi faktor yang memancing personaliti dan usahawan ini untuk memiliki satu unit projek perumahan ini.
Tak cukup dengan kehijauan persekitaran Setiahills itu, difahamkan bagi hiasan dalaman rumah personaliti ini merupakan hasil cetusan ideanya sendiri. Berkonsepkan villa spa-bali semestinya ia menggamit ketenangan sipenghuninya.
Unit Linda ini sama sahaja dengan unit-unit lain tetapi yang menariknya ialah dibahagian belakang. Bahagian belakangnya bersatu dengan alam dimana ia menghadap bukit yang menghijau. Terdapat juga taman mini dan gazebo yang semestinya menjadi tempat yang terbaik untuk merehatkan minda.
Ruang dalamnya pula segar dengan tema merah dan hitam!
Linda sendiri mengakui rumah yang serba indah ini dihias mengikut cita rasa sendiri.
“… Namun, apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya sendiri,” ujar personaliti ini dalam wawancara bersama team Kosmo tersebut.
Tidak dapat dinafikan kisah Linda Onn ini sedikit sebanyak pasti memberikan kesan kepada netizen. Pertama bekerja keras untuk mencapai rumah idaman dan kedua kretiviti untuk menjadikan ia ‘syurga’untuk didiami.
Sumber: Propwall.my Media Malaya