Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Stress Dinding Rumah Berkulat? Jom Cuba Cara Ini


Cakap bab dinding rumah, mesti banyak yang berpengalaman stress dinding rumah berkulat. Tambah-tambah jadi kat ruang tamu, fuh, sakit mata memandang. Untuk yang bakal ada rumah, boleh prepare siap-siap, nanti kalau ada masalah ini, korang dah ada cara untuk atasi.

Stress dinding rumah berkulat
Contoh dinding rumah berkulat

Jangan Stress Dinding Rumah Berkulat

Jangan stress sangat. Nanti boleh kena migrain. Tahu tak yang stress ni punca migrain?

So, untuk masalah dinding berkulat ini, ada beberapa cara korang boleh try:

1) Cuci guna cuka. Ye, Cuka. Sediakan 300ml cuka, 200ml air, dan 5 titik essential oil.

  • First, kena buang kulat tu dulu dengan  span ataupun berus yang telah direndam di dalam cuka putih.
  • Cuci sampai kesan kulat di dinding tu hilang sepenuhnya.
  • Lepas tu baru bancuhkan cuka putih, air dan essential oil dan dituang ke dalam bekas penyembur.
  • Terus sembur pada bahagian dinding yang ditumbuhi kulat dan biarkan untuk beberapa jam.
  • Lap dengan kain lembut. Ulang lagi dan jangan biar dinding kering dengan sendiri. Dan tidak perlu dibilas.

2) Kalau tak hilang jugak, terpaksa guna cara mahal. Iaitu, cat semula guna cat anti-kulat. Antara cat yang best adalah DULUX atau JOTUN. Daripada stress tengok dinding berkulat, lebih baik keluarkan duit lebih sikit guna cat lebih berkualiti.

Baca juga: Tips untuk mengecat rumah

Antara masalah dinding yang lain:

Dinding Lembab Dan Mengelupas

Ini mungkin berpunca daripada paip yang bocor dalam dinding, tempias air hujan, dan lain-lain. Lembab ini la yang membuatkan dinding rumah korang mengelupas. Nak tak nak, korang terpaksa cat semula. TETAPI, pastikan korang bersihkan dulu dinding tu guna kertas pasir dan kemudian sapu waterproof sealer sebelum korang cat baru. Kalau tak nanti, mengelupas lagi. Takkan tiap-tiap tahun nak cat baru. Stress dinding rumah berkulat datang lagi.

Dinding Berkapur

Ni pun tak best gak. Korang pegang lekat putih-putih kat tangan. Kalau kena baju, lekat putih kat baju. Kalau cat kapur, memang la berkapur, tapi kalau cat biasa tapi berkapur, mungkin disebabkan cat tersebut guna “filler” terlalu banyak. Selalu cat yang murah. Lap dengan kain basah, biarkan kering. Pastu baru cat dengan cat yang lebih berkualiti.

Ataupun, korang boleh guna wallpaper ja. Lebih rendah kos daripada mengecat. Boleh guna kreativiti korang dalam situasi ni.

Sumber: Ez Home Solution, Pakar Tile & Cat Rumah

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

2 Comments

  1. As salam encik. Rumah saya ada masalah kulat di dinding & siling. Boleh dikatakan keseluruhan rumah ada. Saya dah cuba bersihkan kulat tu dan mengecat semula menggunakan cat anti kulat jotun & nippon paint. Tapi masalah kulat masih berulang lagi. Boleh cik bantu sy utk selesaikn masalah ini. Sy hampir buntu utk fikir penyelesaiannya. Adakah ia ada kaitan dgn perabot rumah cth: kayu jati? Harap encik dapat membantu sy. Terima kasih.

  2. Saya baru je cat rumah. Tak sampai sebulan lagi.. cat mahal tu siap tambah untuk kilat2 lg dlm cat tu. Malangnya sekarang ni dh mula nampak debu putih di permukaan cat di dinding..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *