Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Saya Di Zalimi Tuan Rumah Kedaung Penipu! – Lihat Kisah Adik Kepada Puan Ini Yang Di Tipu Tuan Rumah


Sebelum ni kami bawakan isu tentang Tuan Rumah tidak boleh menghalau Penyewa (di zalimi Tuan Rumah) tanpa arahan mahkamah. Kami bangkitkan hal ini kerana PPIM telah mengeluarkan posting di FB Page mereka mengatakan Tuan Rumah tidak boleh menghalau Penyewa tanpa arahan mahkamah. Kami merasakan ini tak adil kepada Tuan Rumah kerana dalam kedua-dua pihak kami telah melihat Tuan Rumah juga selalu teraniaya oleh Penyewa yang jahat. Tapi ada juga Tuan rumah penipu!

Oleh yang demikian kami menulis 2 artikel berkaitan perkara tersebut dari sudut Peguam dan juga dari kes yang pernah terjadi.

Penyewa Pula Di Tipu Tuan Rumah

Hari ini kami bawakan kepada anda pula kisah bagaimana Penyewa pula yang di aniaya oleh Tuan Rumah.

Zaman sekarang ni hendak menyewa perlu berhati-hati sebab dah begitu banyak kes penipuan yang dikenalpasti berlaku sehingga tahun 2017 ini. Begitu banyak mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan malah menipu penyewa sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun perasaan kasihan.

Kita ikuti kisah kakak Hazirah Hj Hamzah ini yang mana adiknya serta rakan-rakan serumah adiknya telah ditipu dan dianiaya oleh tuan rumah penipu yang zalim ini setelah menjadi penyewa di rumah tersebut tidak berapa lama.

rumah yang di katakan

 

Ianya bermula apabila adik Puan Hazirah menyewa apartment di Taman Melati Setapak bersama-sama kawan-kawan nya. Tak sampai sebulan mereka duduk di rumah itu, mereka telah di halau keluar oleh Tuan Rumah Penipu tanpa deposit mereka dikembalikan. Kes ini terjadi pada tahun 2015 dan sebenarnya kes sebegini banyak sahaja terjadi.

Mari kita baca apa terjadi dengan kes ni:

 

Semalam (28/6/2015) saya membantu adik saya dan juga kawan2 serumahnya menyelesaikan kezaliman. Mereka di aniaya oleh tuan rumah ini.

Tidak pernah seumur hidup saya bertemu orang yang lidahnya sangat bercabang dan penuh fitnah. Saya ingat hanya lihat dlm sinetron indonesia je.Ni lihat dengan mata sendiri kejadian maki hamun, cercaan dan hinaan..

Baru 3 minggu budak2 tersebut masuk, sudah macam2 fitnah di buat dengan alasan mahu menghalau mereka keluar dan mengambil deposit rumah ( kononnya deposit burn)..sedangkan penyewa tidak merosakkan apa2 barang di dalam rumah dan tidak juga melarikan diri.

Hanya kerana mahu minta deposit, macam2 fitnah di tabur  dan cerita yang putar belit sehingga mengaitkan tidak tolong pasang langsir dengan deposit rumah.

Kasihan pada mereka bertiga student UNISZA .pertama kali datang ke KL  untuk internship selama 3 bulan. Belum sampai sebulan tinggal telah di halau dari rumah tanpa di kembalikan deposit. Tiada hitam putih kontrak sewa rumah. Alasannya owner tak buat lagi kontrak ( makcik dan anaknya tidak mengaku owner rumah kerana tidak mahu membayar semula deposit).

Jadi, pada malamnya selepas berbuka, saya dan adik sy decide untuk cari tempat tinggal sementara sebelum mereka masuk rumah sewa baru pada 1 julai ini. Daripada hidup di maki hamun serta di hina, baiklah keluar.

Selepas selesai bawa keluar barang, mereka masih tidak mahu memberikan deposit ( bernilai RM800) walaupun di minta berkali-kali, malah mereka (owner) tutup pintu rumah, kunci dan blah begitu sahaja. akhirnya kami ke balai polis untuk buat report polis.

Dan rupanya mereka sudah di balai polis untuk buat report dan menuduh kami buat kacau di rumah. Alhamdulillah pegawai polis di Taman melati bijak dan budiman. Membela yg benar dan yg teraniaya.

Setelah berjam2 fighting mulut serta owner tu berlakon2 baik di balai polis, makcik serta anaknya (owner) masuk perangkap sendiri. Tiada hitam putih dokumen. Maka mereka yang bersalah.deposit perlu di kembalikan walau apa jua cara kerana penyewa tiada apa2 kesalahan..

Saya cuma mahu share kerana tidak mahu ada lagi yang terkena. Jiran2 di situ memberitahu bahawa setiap kali orang sewa, pasti akan di aniaya begini, cuma mungkin mereka tidak bertindak report polis dan keluar dari rumah begitu je.

Mohon share dan viralkan supaya orang lain tidak menjadi mangsa lagi.

Dan untuk setiap orang yang mahu sewa rumah, minta tuan rumah sediakan segala dokumen hitam putih.

Dan nasihat saya lagi, jika terjadi kes teraniaya, di maki hamun, di zalimi..mohonlah anda record video ketika kejadian sebagai bukti, serta simpan segala conversation dan sceenshot whatapss untuk bukti di balai polis. Dengan segala bukti ini, makcik itu masuk perangkap sendiri. Keterangannya sgt bertentangan dengan bukti yang kami semua miliki.

Semoga..tiada lagi yang terkena dengan manusia ini.

 

Menurut jiran terdekat, kes ini banyak kali terjadi di rumah tersebut. Kami fikir, modus operandi nya adalah sebegitu untuk makan deposit penyewa.

 

Nasihat Dari Kami Kepada Penyewa Dan Tuan Rumah

1. Pastikan Ada Perjanjian Sewa

Dalam kes ni, tak ada perjanjian sewa. Perjanjian sewa ini melindungi hak Tuan Rumah dan Penyewa.

2. Kalau boleh guna kan ejen dan ejen itu dipercayai

Ada penyewa bermasalah. Ada Tuan Rumah bermasalah. Atau pun pada awal nya tak ada masalah, tapi kemudiaannya ada isu-isu yang perlu di ambik kira. Maka di situlah datang nya ejen sebagai intermediator. Unless , ejen tu sendiri bermasalah lah. Kalau perlukan ejen untuk mewakili anda dalam hal jual,beli atau sewa, boleh ke sini.

3. Ikut Peraturan Dan Perjanjian Dalam Agreement.

Bila kita dah sign agreement kita bersetuju atas apa yang kita janjikan. Kalau peraturan nya adalah kalau kita keluar sebelum kontrak habis, maka deposit burn, itu lah yang kita dah janji. Kalau peraturan nya, Tuan RUmah perlu betulkan kerosakan, itu lah yang kita janji. Kalau perlu bayar sewa sebelum sekian haribulan, itu lah yang kita janji. Honor your words!

4. Bincang Dengan Baik

Dalam kes Kak Hazirah ni memang macam Tuan Rumah nak mengenakan penyewa. Kita tak tahu pengakhiran kisah ni. Tapi katalah dalam hal kita, yang Tuan Rumah pun boleh bawa bincang dan kita pun mahu bincang, bincang lah dengan baik. Memang ada masa kita susah. Waktu tengah nak pakai duit banyak macam waktu anak nak masuk sekolah. Sewa mungkin terlewat. Bincang lah. Tapi jangan lari.

 

Bukan di sini sahaja terjadi, ada pula di tempat lain juga terjadi kes seperti ini dan di tulis oleh pembaca post Puan Hazirah di komen.

 

 

Pendapat kami, biar lah sejak awal lagi diuruskan dengan baik. Sebelum mencari rumah untuk di sewa lagi, periksa dulu keadaan rumah tersebut dan berjumpa dengan Tuan Rumah atau ejen yang di lantik. Jangan di bayar deposit tanpa ada hitam putih.

Semoga perkara ini tak berulang lagi.

—————————————————–

Jika anda memerlukan bantuan dalam mencari rumah untuk disewa atau dibeli. Anda boleh ke sini: Sewa/Beli Hartanah , nanti kami tengokkan.

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

2 Comments

  1. Salam… saya nak mintak pendapat , saya nak buat aduan pasal owner lepas tangan , 1bulan 23 hari saya baru pindah tetapi rumah dia ade pijat dan saya dan house mate meminta dia untuk buat pest control tetapi dia tidak mahu buat. Jadi saya meminta deposit untuk keluar dari rumah dia. Tapi dia tak nak pulangkan. Sewa rm1600 fully furnish. Yang ada cuma 6 item sahaja. Apa patut saya buat skrg ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *