Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Pernah atau tidak anda berasa tidak selesa bila menginap di sesuatu bangunan? Tiba-tiba rasa pening kepala, lesu dan menjadi tidak prodaktif. Walhal, badan anda tidak pula menunjukkan tanda-tanda untuk demam.
Makin lama anda duduk di bangunan tersebut, anda menjadi semakin lemah. Dan menyukarkan anda menyiapkan tugasan!
Bukan gangguan makhluk halus ye, tapi ini dinamakan Sick Building Syndrome(SBS). Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjelaskan Sick Building Syndrome (SBS) merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom/gejala-gejala dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.
Sebenarnya, simptom ini hanya akan di alami oleh anda apabila menginap di sesuatu bangunan sahaja. Apabila anda keluar dari tempat tersebut. Serta merta gejala SBS ini hilang entah ke mana. Tiada sebab yang boleh menerangkan gejala ini. Mungkin kerana faktor bangunan tersebut barangkali!
Gejala SBS mungkin berbeza pada setiap individu. Tapi, persamaanya ialah gejala ini AKAN HILANG bila keluar dari bangunan tersebut. Antaranya:
Tiada faktor Sick Building Syndrome yang solid di keluarkan. Tetapi, list di atas menjadi penyumbang masalah Sick Buiding Syndrome ini!
Sesiapa sahaja!
Tetapi yang berisiko ialah pekerja pejabat di bangunan moden. Yang tidak membuka tingkap dan hanya bergantung pada sistem pengalihudaraan mekanikal atau penghawa dingin.
Banyak lagi cara-cara untuk mencegah dari di jangkiti oleh Sick Buiding Syndrome ni. Sebab itulah wujudnya bangunan berkonsepkan Green Building di Malaysia. Ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan penghuni dari terus dijangkiti oleh Sick Building Syndrome.
Kini, anda semua dah tahu apa tu Sick Building Syndrome. Jadi sama-sama jaga kebersihan bangunan ye.
Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.
Jangan lupa untuk like FB kami di
https://www.facebook.com/kakiproperty.my/
#kakiproperty