Enter your email address below and subscribe to our newsletter

The Exchange 106, Projek Lagi Gila Dari Menara KLCC


Apa itu The Exchange 106? Macam tajuk movie pun ada. The Exchange 106 ni adalah satu projek bangunan pencakar langit yang ada 106 tingkat.

Bangunan ini dibina di area Tun Razak Exchange. Kalau anda lalu disitu anda boleh nampak pembinaan bangunan ni.

“Kenapa The Exchange 106 Lagi Gila?”

Sebelum tu, kita cerita sikit tentang Pertronas Twin Tower KLCC tu. Baru la nanti anda nampak kenapa lagi gila.

KLCC dibina pada tahun 1994. Pembinaan KLCC ambil masa 3 tahun la lebih kurang sebab siap pada tahun 1996. Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Ogos 1999.

KLCC merupakan bangunan 88 tingkat dan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 459.1 meter menewaskan Willis Tower yang hanya tinggi 442.1 meter. Tapi dikalahkan oleh Taipei 101 pada tahun 2004 yang ketinggiannya 508 meter.

Banyak lagi bangunan tinggi yang naik meninggalkan KLCC di tangga ke-16 sebagai bangunan tertinggi. Tetapi jika dalam kategori bangunan berkembar, KLCC masih memegang tempat yang pertama didunia.

Projek KLCC tu bukannya senang. Banyak masalah seperti tanah yang tak sesuai. Ada juga masalah bangunan yang dibina menjadi senget. Semua masalah tu dapat diselesaikan dan KLCC menjadi terkenal di dunia ketika itu.

Bagaimana pula dengan The Exchange 106?

Seperti yang saya bagitau tadi, The Exchange 106 ada 106 tingkat. Ketinggiannya mencecah 492 meter. Bila bangunan ni siap, ia akan jadi bangunan paling tinggi di Malaysia dan berkongsi tempat ke-11 tertinggi di dunia dengan Shanghai World Financial Center.

Pembinaannya dah bermula sejak tahun 2016. Pada tahun ni dah siap setinggi 450 meter hampir-hampir sama tinggi dengan KLCC dah dan dijangka dibuka pada September 2018.

the exchange 106
Image: Skycrapercenter.com

Pembinaan sangat pantas, 1 tingkat dikatakan berjaya disiapkan sepenuhnya dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja.

Tak cukup dengan tu, pembinaan luaran dan hiasan dalaman bangunan dibuat serentak untuk menjimatkan masa.

Parking kereta pula dikatakan ada lebih daripada 2000 petak untuk memudahkan penyewa disitu nanti.

Bangunan ni di bina dengan green technology yang terkini seperti 100% lampu LED, kaca high performance, dan beberapa lagi yang menyebabkan bangunan ini diiktiraf sebagai Green Building oleh Green Building Index (GBI).

Tak sabar nak tunggu bangunan ni siap bulan September nanti. Apa perubahan yang boleh dibawa kepada negara kita ni. Adakah The Exchange 106 akan memberi impak seperti KLCC bagi impak kepada mata dunia tentang negara Malaysia yang dulu orang nampak sebagai negara mundur, tapi selepas adanya KLCC, KLIA, F1 Sepang, dan beberapa lagi menyebabkan ramai pelabur asing masuk sekaligus menjadikan Malaysia negara yang pesat membangun.

BACA LAGI: Legasi KLCC

 

 

Kongsi Artikel Ini
Shafiq Azni
Shafiq Azni

Seorang penulis dan perunding hartanah. Baru menamatkan pelajaran di peringkat Master (Kejuruteraan Mekanikal). Suka berkongsi ilmu dengan semua orang. Sentiasa mendalami ilmu-ilmu hartanah agar dapat berkongsi dengan pembaca Kakiproperty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *