Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Tips: Bacaan Doa Untuk Memagar Rumah Cara Islam


Tips: Bacaan Doa Untuk Memagar Rumah Cara Islam

Ramai orang yang bertanya apabila mereka memiliki rumah yang baru dibeli ataupun disewa, bagaimana jika mereka ingin melindungi rumah tersebut dari dimasuki makhluk halus ataupun dimasuki pencuri. Jadi, di dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana caranya untuk anda memagar rumah dengan menggunakan kaedah Islam. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.

Ini kerana apa yang masyarakat kita kurang sedar ialah, sebenarnya perbuatan daripada penghuni rumah itulah yang lebih utama untuk mereka melakukan perkara-perkara yang boleh dikatakan dapat menjauhkan rumah mereka itu dari terkena gangguan makhluk halus.

1. Pertama: Membaca surah al-Baqarah

Jika anda masih sangsi sudah terlalu banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan apabila seseorang itu mengamalkan membaca surah Al-Baqarah. Apatahlagi kalau selalu di baca di dalam rumah.

Rumah tersebut tidak dimasuki syaitan: Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I pernah meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“.

At Tirmidzi mengatakan : hadis ini hadis yang sahih.

2. Kedua: Cara-Cara Untuk Elak Rumah Dimasuki Pencuri Atau Jin/Iblis

Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah selesai dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah lalu baca doa berikut :

  1. Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
  2. Selawat ke atas nabi (2 kali)
  3. Ayat kursi (1 kali)
  4. Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

3. Ketiga: Perbanyakkan membaca al-Quran

Termasuk juga, apabila didapati kita selalu membaca Al-Quran di dalam rumah, ianya bukan sahaja boleh memberikan kelebihan kepada kita yang membacanya, lebih dari itu jin dan syaitan juga akan lebih menjauhkan diri dari rumah yang selalu diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran di dalamnya.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

Kongsi Artikel Ini
Aznor Azizul
Aznor Azizul

4 Comments

  1. Jika mahu memagar, tetapi tidak diazankan kerana semua ahli keluarga perempuan, tiada yang lelaki. Adakah sudah memadai jika membuat air bacaan yasin dan solat hajat untuk merenjis di dalam rumah? Adakah steps untuk merenjis itu memainkan penting? Jika saya merenjis tidak mengikut steps adakah ia mungkin tidak memberi kesan? Maaf banyak soalan. Terima kasih 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *