Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Tips check defect rumah baru


Tips check defect rumah baru

Kunci developer dah hand over, duit MOT dah bayar, isteri pula menunggu dalam kereta, nak pergi kedai kitchen kabinet. Ape lagi! terus la guna duit EPF yang korang keluarkan tu.

 

EEEEhhhHHHHHHHhhh……

Jangan terburu-buru nak buat renovtion. Kakiproperty menasihatkan abang-abang, tuan-tuan dan puan-puan untuk CHECK DEFECT RUMAH BARU.

Nanti bocor pula paip kat kitchen kabinet baru nanti. Bila isteri muka masam, abang-abang tido disofa jela ye.

=D

Untuk periksa defect rumah, ada beberapa alat yang korang perlu

Alat-alat check defect rumah

1) Marker Pen

Tujuan marker pen ini adalah untuk menulis! Senang korang nak kalau korang tampal je masking tape tanpa tulis apa-apa, korang pun boleh lupa defect apa yang korang tanda. Developer pula lagi la, tak tahu langsung. Kena ada tulis sikit defect apa.

2) Masking Tape

Yang ini untuk korang tampal. Sangat memudahkan kerja.

3) Plug dengan lampu

Plug dengan lampu nie korang boleh beli dekat MR. DIY. Lampu bilik tidur pun boleh. Selagi boleh digunakan untuk check plug. Dulu saya check plug guna charger dan phone pun dah cukup.

4) Kerusi pendek

Ini adalah untuk korang check tempat yang tinggi. Nak bawa tangga susah siket, sebab saya dulu guna kereta compact, nak bawak tangga memang keluar tingkap la, jadi admin pun bawak kerusi pendek.

5)Playar hidup + Kayu

Playar dan kayu pula adalah untuk korang check tile rumah baru korang. Sebab selalunya mesti akan ada 3 hingga 4 tile yang kosong. Tile kosong tu apa? Pekerja developer tak letak jumlah simen dengan betul, nanti ada air pocket. Kalau tile kosong ini yang menyebabkan tile jadi mengelembung. jadi korang kena check betul-betul.

6)Kamera

Yang ini untuk mengambil gambar la.

Bila semua alatan korang dah bawa, baru korang boleh check rumah baru!

 

Tips check defect rumah baru

1) Pecahkan mengikut kawasan

Admin bila periksa tumah akan pecahkan mengikut kawasan. Seperti contoh, bilik air bawah, ruang tamu dan sebagainya.

2) Periksa plug

Admin akan mulakan dengan yang paling mudah iaitu plug. Periksa setiap plug didalam bilik “kawasan” untuk pastikan plud itu berfungsi. Switch On/Off minimum 5 kali. Sebab nak pastikan betul-betul plud itu berfungsi. Ada pernah jadi kes, waktu kali ke-3, plug meletup.

3) Periksa tile

Gunakan Kayu dan playar hidup, ketuk tile satu-satu dengan perlahan dan gunakan bahagian yang tidak tajam. Jangan sampai calar atau pecah tile rumah baru korang. Cuba dengar bunyi tile yang pelik. Kalau tile bunyi pelik, ambil masking tape dan marker pen, tanda!

4) Periksa keadaan dinding

Periksa dinding ade crack tak, ade lubang tak? kalau ada sila la tampal tanda ya. Periksa juga, dinding rumah baru korang ini lurus atau bengkok. Pernah ada kes dinding bengkok ye. Check betul-betul.

5) Periksa Ceiling

Periksa ceiling. Check ade tanda-tanda water leak tak? Selalunya susah siket nak nampak pada mula-mula nie.

6) Periksa paip *untuk bilik air

Check satu-satu paip air dalam bilik air. Check water pressure. kalau air tak kuat, dah boleh fikir untuk beli pump air.

7) Buat takungan bilik air

Ini memag admin wajib buat, admin takungkan air macam yang kita selalu main sewaktu budak-budak dulu. Sebab kita nak check lantai bilik air bocor atau tidak. Admin selalu takung 2 ~ 3 hari. Jangan lupa pula. Nanti nyamuk membiak kat situ.

Jadi admin harap lepas nie korang bolehla check defect rumah baru korang dengan mudah. Selamat mencuba.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

 

 

 

 

 

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *