Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Tips Elakkan Rumah Anda Di Masuki Perompak


Tips Elakkan Rumah Anda Di Masuki Perompak

Assalamualaikum dan apa khabar.

Semakin hari ada sahaja kisah rumah dimasuki perompak tersiar. Cerita-cerita rumah dimasuki perompak ni sampai tak payah masuk dalam surat khabar dah sebab dah biasa sangat. Rumah saya juga pernah kena masuk pencuri.. Nasib baik lah tak ada orang di rumah.

Biasa nya rumah landed lah yang biasa nya dipecah masuk. Ini kerana banyak entry point yang mudah untuk pencuri masuk. Boleh masuk ikut tingkap, pintu dapur, pintu depan, bumbung dan lain-lain. Lagi pula security di taman perumahan agak loose kan. Kadang-kadang guard je ada, tapi angkat tangan je lah boleh masuk dah. Serupa macam tak ada je.

Rumah apartment atau condo pula bukannya tak ada. Ada juga. Beza nya sekuriti di kebanyakan apartment terjaga dan kerana ramai penghuni maka mungkin mencegah perompak.

Kebanyakan kes pecah masuk terjadi pada waktu tiada sesiapa ada di rumah. Kebiasaannya waktu siang ketika ramai pergi berkerja dan anak-anak juga tiada di rumah.

Tips Elakkan Rumah Anda Di Masuki Perompak

1. Mula dari yang asas : Lock pintu dengan elok

Mengejutkan yang ada kes rompakan terjadi kerana disebabkan pintu yang tak berkunci! Jenayah ni biasanya terjadi kerana peluang terhidang depan mata. Sentiasa ingat untuk lock pintu dengan kemas dan invest sedikit lah untuk lock yang lebih elok dan berkualiti.

2. Potong pokok yang menghalang pandangan

Kebanyakan rumah terutama yang mempunyai tanah yang luas ada menanam pokok. Tak ada masalah. Tetapi jika terlalu merimbun sampai menghalang pandangan akan memberi peluang untuk perompak berselindung dari pandangan luar.

3. CCTV dan Sistem Keselamatan

Invest dalam sistem keselamatan yang baik. Tak lah sampai tahap bank. Tapi amat lah elok kalau ada CCTV dipasang di entry points yang ada dan sistem alarm yang baik juga turut di pasang. Memang ada perompak boleh mematikan sistem alarm tetapi tak semua yang bijak sebegitu. Lebih baik berjaga-jaga kan?

4. Rukun Tetangga dan Khidmat Sekuriti

Eloklah diwujudkan rukun tetangga di kawasan perumahan. Jika sukar, boleh diwujudkan khidmat sekuriti yang di bayar lengkap dengan boom gate dan cctv. Supaya semua orang yang keluar masuk di rekodkan.

5. Tidur dengan handphone dan kunci kereta yang ada alarm di sebelah anda

Ini untuk mencegah dan menakutkan perompak jika mereka berani datang waktu malam. Jika anda suspicious ada orang di perkarangan rumah anda , dan anda terjaga ketika itu, terus tekan alarm kereta! Dan siap-siap simpan nombor telefon pejabat polis setempat di speed dial supaya anda boleh terus menghubungi mereka.

6. Jangan sombong dengan jiran

Bila hidup berjiran ni, jiran lah yang akan membantu kita. Kalau-kalau dia terlihat ada orang cuba memecah masuk rumah kita ketika kita keluar, dia akan terus melaporkan pada polis. Lagi pula ketika pulang ke kampung atau berjalan jauh, boleh maklumkan kepada jiran kita dan juga kepada polis juga.

7. Berdoa di beri kan keselamatan yang baik

Sentiasa la memohon doa kepada Allah supaya keselamatan kita dan keluarga terjamin setelah semua nya kita usahakan. Bukan kah telah Rasul ajarkan kepada kita dalam satu kisah :

Amr bin Umayah bertanya tentang hal itu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, apakah aku ikat dahulu unta tungganganku lalu aku bertawakkal kepada Allah, ataukah aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal?

Rasulullah menjawab, ‘Ikatlah untamu lalu bertawakkallah kepada Allah.”

Setelah semua usaha kita lakukan, kita berdoalah kepada Allah memohon supaya diberi keselamatan dan meletakkan tawakkal kita kepada Allah.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.

 

Kongsi Artikel Ini
Tajul Rijal Annuar
Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *