Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Rumah ni adalah satu aset yang boleh dikatakan semua orang nak ada. Ada yang jadikan rumah ni sebagai punca pendapatan dengan membuat perlaburan, beli pada harga yang sangat rendah, jual pada harga market. Ada sekadar untuk tinggal sendiri. Tapi kebanyakkan daripada kita susah nak beli rumah disebabkan deposit yang 10% tu. Ada tak tips kumpul duit deposit ni?
Ada beberapa tips yang selalu rakan-rakan kita kongsi. Tetapi, anda kena target dulu berapa anda nak simpan. Berapa harga rumah yang anda layak beli berdasarkan gaji anda. Buat semakkan dengan pihak bank. Jika pihak bank kata anda layak buat pinjaman 300k, cari la rumah yang dalam 250k. 10% daripada harga tu adalah 25k.
Tetapi sila kumpul lebih daripada tu ye. Sebab nanti banyak lagi nak kena bayar. Nak repair/renovate rumah lagi. Saya sarankan target 15% daripada harga rumah iaitu RM37,500. Banyakkan? Jom tengok tips kumpul duit deposit macam mana.
1) Save and Spend. Pernah dengar tak? Save and spend selalu diberikan oleh orang-orang yang telah berjaya membeli rumah. Mereka nasihat kan simpan dulu jumlah yang kita nak, kemudian baru guna duit baki untuk kegunaan sendiri, bukannya guna dulu baru simpan.
Contoh, anda dapat gaji RM2500 bulan ini, anda target simpan RM1000 sebulan. Terus ambil RM1000 tu dan simpan. Baki RM1500 tu la anda baru guna untuk bayar bil, makan, dan lain-lain. Nampak macam terseksa, tapi lepas dapat rumah akan berbaloi.
2) Simpan paksa. Sama macam tips satu, tetapi yang jenis ini lebih berkesan kerana akan automatik tolak daripada akaun anda ke akaun khas. Buat masa sekarang, hanya maybank2u sahaja yang saya tahu. Bank lain belum jumpa lagi tips.
Cara-cara yang detail telah dikongsikan oleh SiakapKeli. Secara ringkasnya, di dalam maybank2u ada satu fungsi yang mana anda boleh create/cipta satu simpanan khas macam fixed deposit. Boleh pilih berapa lama nak simpan, bila tarikh untuk akaun anda ditolak.
Berbeza dengan tips nombor 1 tadi, yang ini anda tak akan termiss simpan atau terguna duit tu. Duit yang disimpan tak akan boleh dikeluarkan sampai la tarikh yang anda set tadi. Sistem ini lebih tegas dan berkesan.
3) Cara lain yang banyak orang kongsi juga adalah simpanan ASB. Setiap tahun anda boleh dapatkan dividen daripada ASB. Ada tekniknya. Teknik simpan duit di ASB juga ada dikongsikan di SINI.
Anda boleh membuat pengiraan berapa banyak yang anda target, dan berapa tahun anda nak buat. Akhir sekali anda kena terminate financing ASB anda untuk dapatkan kembali principal. Daripada situ la anda akan dapat jumlah yang terkumpul yang boleh guna untuk jadikan deposit rumah.
4) Cara keempat pula jarang dikongsikan kerana agak berisiko dan sukar nak dilaksanakan. Caranya dengan menggunakan simpanan tahun pertama untuk membuat side bisnes yang kecil. Target bisnes kecil ini adalah dalam 1k sebulan. Keuntungan daripada bisnes kecil dijadikan simpanan dan ditambah dengan gaji anda. Hanya ada beberapa orang saja yang saya jumpa guna cara ini.
Setiap orang yang bekerja dengan majikan memang akan ada KWSP dan betul anda boleh keluarkan KWSP akaun 2 anda untuk bayar deposit rumah. TAPI, anda kena tahu yang untuk guna KWSP anda kena kemukakan dokumen pembelian seperti Sale & Purchase Agreement yang mana anda akan dapat SETELAH anda bayar deposit.
Saya ada kongsikan cara pengeluaran KWSP untuk beli rumah di link bawah ni:
BACA LAGI: Cara Guna KWSP Untuk Beli Rumah
Bagi saya, tips kumpul duit deposit yang terbaik adalah nombor 3. Senang untuk anda ikut, anda boleh berdisiplin sebab bulan-bulan anda kena bayar. Akhir sekali anda akan dapat lebih sedikit daripada anda simpan bulan-bulan jika dibandingkan dengan tips yang lain. Jika anda ada cara yang lain, boleh kongsi dengan kami ye.
Bagi yang nak beli rumah dan dah tetapkan bajet yang di ingini, anda boleh klik sini: Beli Rumah, kami akan berusaha membantu anda.