Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Bilik air adalah kecil, kawasan yang paling banyak air dan mempunyai trafik keluar masuk yang tinggi. Jadi adalah penting untuk korang mengecat bilik air dengan betul. Contoh gambar dibawah.
Selain itu, bilik air adalah kawasan yang kecil, jadi mudah untuk korang memulakan projek mini bersama keluarga pada hujung minggu. Kali ini kakiproperty akan memberi 5 tip untuk mengecat bilik air dengan betul.
Sebelum nak mengecat bilik air, korang kenalah cuci dahulu bilik air korang.Kenapa? sebab kesan sabun dan jelaga air memang akan merokankan permukaan bilik air yang korang nak cat baru nie.
Kalau ruang tamu, korang boleh tambah lighting, kalau bilik tidur boleh tukar langsir, tapi bilik air memang korang kena sinting lengan tangan dan mula mencuci. Ada satu produk yang best nak cuci bilik air.
KakiProperty bukan nak menjual produk ye, hehehe, cuma produk ini sesuai untuk mencuci bilik air.
Gunalah TSP! Klik disini kalau korang nak tahu produk apa. Brand tak kisah ye, janji bilik air korang bersih.
Kenapa perlu keluarkan tangki tandas untuk mengecat bilik air?
Kerana adalah sukar untuk mengecat disekeliling tangki tandas sambil menjaga kualiti cat anda.
Kebanyakkan dari kita akan gunakan masking tape nak mengelakkan mengecat tangki. Tapi kualiti cat bilik air nanti akan menjadi buruk. Rajinkanlah diri anda untuk membuka tangki tandas sebelum mengecat bilik air.
Warna cat bilik air kenalah cerah dan terang. Kenapa? Warna yang gelap akan menyebabkan anda claustrophobic.
Korang xperlu guna warna klasik bilik air iaitu…. PUTIH. tetapi, semakin gelap warna cat bilik air semakin kecil bilik air itu kelihatan. Anda boleh guna warna biru light atau kuning light supaya nampak besar siket bilik air anda. Nak buat melabur saham dalam tu pun senang hati.
Sesetangah brand cat menjual “cat bilik air”. Apa ini cat bilik air? Lebih tahan kulat dan kelembapan. Jadi, cat anda akan tahan lama. Takde la korang kena bukak tangki bili air sebulan sekali sebab nak cat bilik air kan.
Setidak pun, guna cat jenis glossy. Cat ini pun sesuai digunakan dalam bilik air.
Ini adalah WAJIP! Walaupun korang dah cat bilik air korang dengan lawa, tunggu lah sehingga cat itu kering, baru guna. Rosak cat korang nanti.