Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
5 Tips Pelajar Cari Rumah Sewa
Kebiasaannya, kita sedia maklum yang student boleh tinggal kat hostel selama setahun je dan lepastu dah kena tinggal luar dan bukan kat hostel U lagi. Bagi student yang tak pernah menyewa mana mana rumah sebelum ni mesti kekok nak cari rumah sewa.
Berbekalkan tips ni, mungkin dapat membantu anda sekaligus memudahkan anda cari rumah sewa yang sesuai sepanjang tempoh study anda.
Cari lokasi rumah sewa yang dekat dengan IPT anda. Kalau ada yang lagi dekat lagi cun. Cantik mana pun rumah tu, kalau pergi balik IPT tu makan masa sejam dari tempat belajar tu, sudah-sudahla nak pilih rumah tu. Penat hari-hari nak layan jarak macam tu.
Kalau yang naik public tranport macam bas, LRT, KTM dan sebagainya, pastikan anda buat kira-kira kos tambang pergi balik dari tempat belajar. Kalau pergi balik je dah lebih RM10 sehari, cuba bayangkan sebulan. RM300 tu! Pehh! Sakit tuh di sini, nak makan lagi. Kalau boleh elakkan juga daripada sewa rumah yang perlu tukar public transport dua tiga kali, bazir masa dan duit je.
Alang-alang tu buat survey sekali kawasan lokasi rumah sewa tu. Dekat tak dengan kedai runcit, restoran, bank, dan dobi. Dapat pula anda jenis yang lapar tengah malam, malas nak masak maggi. Boleh pergi je kedai makan 24 jam berdekatan, settle masalah. Kalau ada CyberCafe pun bagus. Andai kata line dekat rumah sewa anda teruk, boleh je pergi dan siapkan assignment yang perlu.
Yang ni memang confirm student selalu tanya. Lepas dah tahu lokasi dan kemudahan yang ada kat sekeliling tu, pastikan harga sewa rumah anda berpatutan selaras dengan lokasi, kemudahan, luas rumah, berapa bilik dan sesuai dengan kemampuan anda.
Kalau rumah flat/apartment sewa RM1000+ sebulan, takde restoran dekat dengan rumah, tak berapa luas, jauh daripada public transport. Rasanya berbaloi tak? Mesti tak la kan.
Selain tu, nak tahu harga sewa berpatutan ataupun tak pastikan apa kemudahan di dalam rumah tersebut. Sama ada fully furnished, partially furnished ataupun not furnished. Biasanya bilik atau rumah yang not furnished lagi murah banding dengan fully dan partly furnished. Cuma kena tambah kos sendiri la macam beli tilam dan meja belajar.
Lagi satu nak jimat, sewa la ramai sikit dalam 4-8 orang tu sedang elokla bersesuaian dengan rumah.
Buat sikit inspection. Kalau tuan rumah tu lelaki, bagi yang perempuan jangan pergi sorang, ajak kawan nak survey persekitaran rumah tu. Masuk dulu ke dalam rumah sewa tersebut dan periksa semua keadaan rumah dan kelengkapan yang ada.
Pastikan rumah dalam keadaan yang baik. Contohnya, rumah tiada kebocoran, dinding rumah tak retak, saluran sinki tidak tersumbat, pintu rumah dalam keadaan baik dan sebagainya.
Semua ni wajib anda periksa dan ambil berat sebab kadang-kadang ada dalam perjanjian yang anda kena tanggung semua kerosakan sekiranya anda setuju. Biar cerewet sikit takpe, asalkan tak merana kemudian hari.
BACA: Cara Bayar PTPTN Dengan Mudah
Bagi seorang student, anda mesti nak cari kawasan yang tak terlalu bising supaya senang nak fokus buat assignment. Sesetengah tempat senyap pada waktu malam dan bising pada waktu siang atau sebaliknya. Jadi, ambil sedikit masa untuk selidik kawasan kejiranan anda tu.
Selain itu, kenal pasti majoriti di kawasan tersebut. Sebab ada sesetengah kawasan tu, majoritinya pekerja asing sampaikan anda akan rasa macam duduk di overseas.
Bagi soal keselamatan pula, adakah rumah anda nak sewa tu persekitarannya selamat? Adakah anda selesa untuk berjalan berseorangan di situ pada waktu malam? Kalau lelaki tak jadi masalah sangat tapi kalau anda seorang perempuan kena titikberatkan benda ni.
Elakkan daripada menyewa di kawasan panas, terlalu banyak kes jenayah seperti pecah rumah, samun, dan ragut walaupun harga sewa rumah, murah sekali pun.
Kenapa kena buat? Pertamanya atas sebab untuk protect diri pada masa akan datang dari apa-apa isu. So kalau ada masalah kita ada bukti yang semua terlaksana di bawah satu perjanjian. Perlu anda ambil tahu bahawa tidak semua rumah sewa adalah milik individu, kadang-kadang ada juga rumah sewa yang disewakan oleh syarikat.
Selalunya dalam keadaan sekarang ni, kebanyakan rumah sewa disewakan melalui ejen-ejen hartanah. Pastikan anda tanya semua perkara dengan teliti kepada ejen yang menyewakan rumah itu ataupun owner rumah tu sendiri.
BACA LAGI: Ketahui Hak Anda Sebagai Penyewa Jika Menyewa Rumah