Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Top 5 Orang Terkaya Dunia Moden!


Top 5 Orang Terkaya Dunia Moden!

Jika kita imbas kembali sejarah peradaban dunia, dikatakan kekayaan sepanjang zaman dimiliki oleh Mansa Musa atau Musa Keita iaitu seorang penguasa abad ke-14 Afrika Barat, Raja Empayar Mali yang begitu kaya. Dikatakan, jumlah kekayaan baginda dianggarkan sebanyak USD428 Billion

Berdasarkan rekod, kerajaan dibawah pimpinan Musa adalah pengeluar emas terbesar di dunia, dimana ketika itu permintaan emas adalah sangat tinggi. Sejarawan ekonomi bersetuju bahawa kekayaannya tidak dapat dijelaskan mengikut jumlah.

Kini, dunia sudah berubah era. Memandangkan kita sudah melangkah ke era moden pada abad yang ke-21. Kenapa tidak, kita mengetahui siapakah manusia yang terkaya pada dunia moden harini?

Berikut adalah Top 5 Orang Terkaya Dunia Moden dengan jumlah rekod net worth mereka.

#1 Jeff Bezos

Top 5 Orang Terkaya Dunia
Sumber: inc.com

Jeff Bezos atau nama sebenarnya Jeffrey Preston Bezos adalah seorang usahawan teknologi Amerika, pelabur, dan penderma amal. Beliau adalah pengasas, CEO, dan presiden bagi Amazon.com. Bezos dilahirkan di Albuquerque, New Mexico dan dibesarkan di Houston, Texas. Lahir pada Januari 12, 1964 (55 tahun 2019).

Mendapat pendidikan di Princeton University, River Oaks Elementary School, Miami Palmetto Senior High School, dan University of Florida. Majalah Forbes telah menyatakan secara rasmi bahawa Jeff Bezos sebagai orang terkaya di dunia pada 6 Mac 2018, dengan nilai bersih USD112 Bilion. Setakat Ogos 2019, nilai bersih atau net worth beliau adalah sebanyak USD113.7 Billion. Dengan ini, ia menjadikan Jeff Bezos sebagai orang terkaya dunia moden!

#2 Bill Gates

Sumber: www.youtube.com

Siapa sahaja yang tidak mengenali nama beliau, Bill Gates. Nama yang tidak asing lagi dengan Microsoft. Bill Gates atau William Henry Gates III, lahir pada tanggal 28 Oktober 1955. Beliau adalah seorang ahli perniagaan, pelabur, pengarang, dermawan, dan kemanusiaan Amerika.

Beliau lebih dikenali sebagai pengasas utama Microsoft Corporation. Semasa kerjayanya di Microsoft, Gates memegang jawatan sebagai pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan arkitek ketua perisian. Sementara itu, Gates juga menjadi pemegang saham individu terbesar sehingga Mei 2014. Hari ini beliau dikelaskan sebagai orang kedua terkaya dalam dunia moden dengan jumlah kekayaan setakat Ogos 2019, nilai bersih beliau adalah USD103.7 Billion.

#3 Bernard Arnault

Sumber: thefashionlaw.com

Bernard Jean Étienne Arnault lahir pada 5 Mac 1949. Beliau adalah seorang ahli perniagaan Perancis, pelabur, dan pengumpul seni. Bernard Arnault adalah Pengerusi dan Ketua Eksekutif LVMH Moët Hennessy – Louis Vuitton SE, yang biasanya dirujuk sebagai LVMH, sebuah syarikat barangan mewah terbesar di dunia.

Beliau adalah orang terkaya di Eropah dan orang terkaya ketiga di dunia menurut majalah Forbes. Pada April 2018, beliau menjadi orang terkaya dalam fesyen, yang mengatasi Zara Amancio Ortega iaitu pemilik syarikat Zara. Berdasarkan rekod yang dicatatkan, net worth bagi Bernard Arnault setakat Ogos 2019 adalah berjumlah USD95.6 Billion.

#4 Warren Buffet

Sumber: quietrev.com

Warren Edward Buffett lahir pada 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska dan merupakan seorang ahli perniagaan, pelabur, pembicara dan berkhidmat sebagai pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway. Beliau dianggap sebagai salah seorang pelabur paling berjaya di dunia.

Buffett mula menjadi jutawan apabila Berkshire Hathaway mula menjual saham kelas A pada 29 Mei 1990, dengan penutupan pasaran pada $7,175 satu saham. Kini, kekayaan beliau bukan sekadar juta malah sudah menjangkau puluhan Billion. Berdasarkan rekod, beliau mempunyai nilai bersih USD82 bilion pada 18 Julai 2019.

#5 Mark Zuckerberg

Sumber: commons.wikimedia.org

Anda pernah main aplikasi Facebook? Tahukah anda, aplikasi yang anda gunakan itu diasaskan oleh seorang pemuda yang berjiwa besar ini iaitu Mark Zuckerberg ketika usia beliau baru 20 tahun. Mark Elliot Zuckerberg lahir pada 14 Mei 1984. Zuckerberg dikenali sebagai pengasas bersama dan mengetuai Facebook sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya.

Beliau juga mengasaskan bersama dan merupakan ahli lembaga pembangunan kapal layar kapal angkasa projek Breakthrough Starshot. Beliau melancarkan Facebook dari bilik asramanya di Harvard University pada 4 Februari 2004, dengan rakan sebiliknya di kolej iaitu Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes. Hasil langkah beraninya itu, kini beliau mencapai net worth sebanyak USD73.6 Billion setakat May 2019.

Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarkan kekayaan yang mereka capai itu, ternyata mereka bukan seperti sebarangan orang. Berkat kesungguhan dan kesabaran yang tinggi kini mereka berada di puncak. Kenapa tidak kita ikuti jejak langkah mereka?

Semoga ia memberi inspirasi buat semua pembaca serta menjadikan ia sebagai pembakar semangat anda untuk kaya dan berjaya.

BACA: Kenapa Kita Perlu Jadi Kaya?

Sumber: Wikipedia, Forbes, BBC News, Carian Google (Jumlah Net Worth)

Kongsi Artikel Ini
Aziz Idham
Aziz Idham

Penulis di KakiProperty. Suka berkongsi tips serta info asas mengenai hartanah dan kewangan demi manfaat semua pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *