Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Di mana lagi tempat yang paling selesa dihuni kalau bukan di syurga?
Tapi, kita belum mati, masih hidup lagi ni. Jadi, berhenti berangan terlalu jauh, mari kita lihat bandar paling selesa dihuni di atas bumi ini. The Economist Intelligence Unit (EIU) ada mengeluarkan ranking tahunan untuk keboleh-hunian (livability) terhadap 140 bandar di seluruh dunia. Daripada ranking ini, inilah dia top 10 bandar yang paling selesa untuk dihuni.
Dalam artikel ini, saya akan refer livable/liveable dengan terma ‘selesa dihuni’ dan liveability/livability sebagai ‘keboleh-hunian’.
10. Adelaide, Australia
9. Copenhagen, Denmark
8. Tokyo, Jepun
7. Toronto, Kanada
6. Vancouver, Kanada
5. Sydney, Australia
imej: @sydney
Rating keseluruhan: 97.4
Kestabilan: 95
Penjagaan kesihatan: 100
Budaya & Persekitaran: 94.4
Pendidikan: 100
Infrastruktur: 100
4. Calgary, Kanada
imej: @calgaryblog
Rating keseluruhan: 97.5
Kestabilan: 100
Penjagaan kesihatan: 100
Budaya & Persekitaran: 90
Pendidikan: 100
Infrastruktur: 100
3. Osaka, Jepun
imej: @japan_osaka_city
Rating keseluruhan: 97.7
Kestabilan: 100
Penjagaan kesihatan: 100
Budaya & Persekitaran: 93.5
Pendidikan: 100
Infrastruktur: 96.4
2. Melbourne, Australia
imej: @visitmelbourne
Rating keseluruhan: 98.4
Kestabilan: 95
Penjagaan kesihatan: 100
Budaya & Persekitaran: 98.6
Pendidikan: 100
Infrastruktur: 100
1. Vienna, Austria
imej: @vienna_austria
Rating keseluruhan: 99.1
Kestabilan: 100
Penjagaan kesihatan: 100
Budaya & Persekitaran: 96.3
Pendidikan: 100
Infrastruktur: 100
baca: Australia Pun Kena Banjir. Tapi Dia Boleh Handle. Malaysia Kena Belajar Cara Ni!
Setelah tujuh tahun menjeling Melbourne dengan penuh rasa cemburu, akhirnya pada tahun ini, Vienna dengan 99.1 markah berjaya merampas tempat johan daripada Melbourne (98.4 markah). Margin hanya 0.7 markah sahaja. Fuh, sengit!
Cuma satu saja bandar dari Eropah yang berjaya menyelit dalam senarai top 10 bandar paling layak dihuni ini, iaitu Copenhagen. Osaka kali ini mencuri perhatian apabila berjaya memanjat 6 anak tangga dalam masa enam bulan untuk mendapat tempat ketiga, dengan markah 97.7 markah, juga kurang 0.7 markah saja daripada Melbourne. Sengit, sengit.
Setiap bandar ini dinilai daripada 30 faktor kuantitatif dan kualitatif dalam 5 kategori untuk diberikan markah: kestabilan, penjagaan kesihatan, budaya & persekitaran, pendidikan dan juga infrastruktur. Bagi indikator kualitatif, markah diberikan berpandukan penilaian penganalisis dalaman dan juga penyumbang dalam bandar.
Lepas tu, markah-markah akan dikumpukan dan dikira untuk menentukan taraf bandar-bandar itu sama ada berada dalam kategori acceptable, tolerable, uncomfortable, undesirable atau intolerable.
Markah yang diberikan adalah dalam julat 1-100, dengan berat setiap kategori seperti berikut: kestabilan (25% markah), penjagaan kesihatan (20% markah), budaya dan persekitaran (25% markah), pendidikan (10% markah) dan infrastruktur (20% markah). 100 tu kira paling ideal la tu untuk dihuni, 1 pula dianggap paling teruk (intolerable).
Jadi, rating keboleh-diaman ini ada skor keseluruhan dan ada juga skor untuk setiap kategori. Selalu kalau nak bagi markah terhadap banyak-banyak calon ni, mesti ada satu rujukan kan? Dalam kes ni, New York dijadikan sebagai rujukannya, dan markah setiap kategori itu kiranya macam relatif terhadap New York lah. Haa .. macam tulah lahirnya ranking bandar paling layak dihuni ini, yang melibatkan 140 bandar di seluruh dunia.
Selain daripada ranking oleh EIU ini, ada beberapa lagi ranking utama yang mengukur kualiti hidup/ keboleh-hunian di bandar-bandar dunia. Antaranya Indeks Kualiti Hidup oleh Mercer (firma konsultan sumber manusia global) dan Indeks Bandar Paling ‘Livable’ oleh Monocle (majalah budaya dan gaya hidup).
imej: kuala-lumpur.ws
Vienna ke, Melbourne ke, kita tak kisah! Yang penting di manakah KL? Dalam top 10 tu, takdek nampak pun KL kan? JB pun takde. Kuala Berang apatah lagi. (Musim-musim merdeka ni patriotik lain macam).
Jadi, mengikut ranking ini, Kuala Lumpur yang dicintai berada di tempat yang ke-78 daripada 140 buah bandar.
Kalau di Asia Tenggara, kita berada di tempat kedua di belakang Singapura yang berada di tempat ke-35 dunia, dan di tempat ketiga di Asia Tenggara ialah Bangkok (tempat ke-98 dunia). Jiran-jiran lain ada, tapi jauh sikitlah.
Alang-alang kita dah tengok negara paling selesa dihuni, apa kata kita tengok juga negara yang paling tak sesuai untuk dihuni berdasarkan ranking EIU.
Lima bandar paling tak sesuai untuk dihuni.
Keduduan | Bandar | Negara | Markah |
136 | Port Moresby | PNG | 41.0 |
137 | Karachi | Pakistan | 40.9 |
138 | Lagos | Nigeria | 38.5 |
139 | Dhaka | Bangladesh | 38.0 |
140 | Damascus | Syria | 30.7 |
Menurut EIU, antara faktor utama yang boleh mengurangkan keboleh-hunian ialah ancaman pengganas, jenayah kejam, konflik ketenteraan dan sebagainya.
Korang ada terfikir camni tak? Ye lah kan, tambah-tambah lagi bandar kita ni tak dapat top 10!
Sebenarnya, matlamat utama ranking-ranking ini adalah sebagai rujukan bagi syarikat-syarikat untuk memberi pampasan sewajarnya bagi pekerja-pekerja mereka yang ditugaskan di luar negara. Kira berbaloilah, dah kena hantar pergi jauh-jauh, lepas tu negara baru tu pulak keadaannya agak teruk untuk dihuni, jadi terubatlah sikit bengkek di hati apabila syarikat bayar elaun lebih. Tak gitu?
Menurut EIU, mereka ada mencadangkan jumlah elauns yang dirasakan padan dengan penarafan yang mereka berikan. Tapi, macam biasalah, dah nama pun hanya cadangan, elauns sebenar tetap terpulang kepada polisi syarikat masing-masing. Bagaimanapun menurut EIU lagi, ada syarikat yang sanggup bayar elauns yang tinggi kepada pekerja mereka yang ditugaskan ke negara-negara luar, malah ada yang tingginya sampai dua kali ganda daripada cadangan yang EIU berikan. Not bad, ek?
Maksudnya di sini apa? Maksudnya tuan-puan, ranking ini bukan untuk penduduk setempat. Ia bukan untuk mengukur kualiti kehidupan penghuni asal sesebuah bandar, tetapi lebih kepada ekspatriat, ahli perniagaan, pelabur dan syarikat-syarikat antarabangsa.
Bertabahlah rakyat-rakyat jelata sekelian.
Saya tertanya-tanya soalan yang sama. Seperti kita tahu, setiap bangsa di setiap negara adalah berbeza-beza, memegang resam dan budaya yang juga berbeza. Mat saleh bau durian saja pun dah sampai nak termuntah, kita bau durian meleleh air liur.
Jadi, pemarkahan yang diberikan mustahil dapat memihak setiap bangsa, kerana setiap bangsa itu mempunyai nilai, trait dan kecederungan yang berbeza. Tetapi, memandangan pemarkahan akan menentukan sama ada sesuatu bandar itu acceptable atau intolerable, maka ia perlulah ‘berpihak kepada sesuatu pihak’. Persoalannya, ‘acceptable’ mengikut siapa? ‘intolerable’ mengikut siapa? Dan jika ‘siapa’ itu tidak mewakili ‘semua pihak’, sudah tentu wujud unsur berat sebelah dalam pemarkahan.
Contohnya, di bawah kategori budaya dan persekitaran, ada indikator ‘kelembapan/suhu’ (humidity/temperature). Maka, timbul persoalan, lebih lembap yang lebih bagus, atau lebih kering yang lebih bagus? Kalau kelembapan tinggi tak bagus, maka susahlah kita di Malaysia ini nak dapat markah tinggi dalam indikator itu, ye tak?
Katalah kita kat Malaysia mungkin dah biasa dengan suasana panas lembap macam ni dan tak selesa dengan cuaca sejuk kering di tempat lain. Adakah kecenderungan kita ini akan diambil kira? Hohoho, jangan haraplah. Padahal, ada juga ekspatriat yang dari Malaysia ke negara lain, kan?
Ini satu contoh sahaja. Ada juga beberapa indikator lain yang boleh dipersoalkan di dalam kategori pemarkahan untuk indeks ini.
baca: Sempitnya Rumah Sewa Di Hong Kong Buat Geleng Kepala
Rupa-rupanya, memang indeks ini ada menerima kritikan berkenaan generalisasi yang dibawa. Ada yang mendakwa pemarkahan ini bersifat anglocentric. Ada pula kajian yang mendakwa indeks ini kurang menekankan faktor keagamaan. Di bandar tertentu, agama adalah faktor yang kurang penting kepada kehidupan penduduknya (seperti di Eropah, dan negara yang maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia), sedangkan di sesetengah tempat pula, faktor agama mempunyai pengaruh yang cukup besar.
Jadi, dalam mengukur benda-benda subjektif macam kualiti hidup ni, tak ada one-size-fit-all (satu-saiz-muat-semua). Lain orang, lain kecenderungannya dan persepsinya.
Akhir sekali, saya rasa saya nak share pendapat ini, dari The New York Times, dia kata lebih kurang beginilah bunyinya:
Kalau anda artis/seniman yang miskin, pergilah Berlin sebab di situ rumah murah dan scene seninya meriah. Kalau nak romantik-romanti, pergi Istanbul. Kalau nak praktikal dan selesa, pergi Singapura.
Hehe. Betul jugak kan?
………………………………………………………habis~
Rujukan: