Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Peruncit bersedia untuk menjanjikan sesuatu yang bertujuan untuk menaikkan taraf permainan mereka untuk sentiasa kekal relevan di pasaran sekarang ketika sesiapa sahaja kini sudah boleh membeli apa-apa sahaja melalui pembelian secara dalam talian. Jadi kita tahu yang sekarang kita perlukan Transisi Pusat Membeli-Belah Kepada Destinasi Perlancongan.
Pusat membeli-belah terbaru di pasaran membawa konsep baru dan jenama yang lebih besar untuk menarik pelanggan. Bukan hanya itu, pemaju membina pusat membeli-belah sebagai sebahagian daripada pembangunan bersepadu yang lebih besar dan mengubahnya kini untuk menjadi destinasi.
The Sunway Velocity Mall, yang dibuka di Cheras Oktober lepas, menyaksikan pelancaran konsep butik premium oleh Marks & Spencer, yang juga merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini. Menguasai lebih dari 10,600 kaki persegi, butik ini mempunyai ruang makan dan kedai roti yang menawarkan kopi dan teh bersama-sama roti dan pastri.
Pusat runcit yang merangkumi lebih dari satu juta kaki persegi dengan jumlah kawasan yang boleh disewa adalah sebanyak 96 peratus. Penyewa termasuk Parkson, Pawagam TGV, Harvey Norman, Popular, Toys”R” Us, Japan’s Doutor Coffee dan Restoran Grand Imperial.
Pusat membeli-belah ini harus terus menikmati kadar penyewaan tinggi pada masa akan datang, memandangkan kepakaran kumpulan Sunway dalam soal menguruskan pusat membeli-belah, dan dengan kemudahan hubungannya dengan kebanyakan pengangkutan awam utama di sekitar.
Sunway Velocity terdiri daripada menara pejabat dan kediaman, Sunway Velocity Hotel yang baru dibuka, Pusat Perubatan Sunway Velocity dan pusat membeli-belah. Projek ini terletak lebih kurang 4km dari kota Kuala Lumpur dan dengan kemudahan sambungan terus ke stesen MRT Cochrane dan Maluri.
Mengikut Kelly Leong yang merupakan Pengarah Operasi Sunway, dia mempercayai begitu banyak peluang yang belum diterokai di kawasan ini:
“Sunway Velocity adalah salah satu perubah permainan untuk kawasan kejiranan Cheras yang dikatakan matang. Kami merancang pembangunan baru di 3.42 hektar tanah yang telah kami perolehi. Dikenali sebagai Sunway Velocity DUA, pembangunan berjumlah hampir RM2 bilion akan dihubungkan dengan Sunway Velocity.
Ia akan mempunyai lebih daripada 2,000 jumlah unit kediaman yang meningkatkan lalu lintas di kawasan pusat membeli-belah,”
Cheras adalah contoh pasaran yang matang, dengan populasi perniagaan yang padat, terutamanya dalam segmen perdagangan dan perindustrian. Sebagai tambahan kepada tarikan siap yang disediakan oleh para penyewa menara pejabat dan pelancong dari pusat perubatan terbuka di Sunway Velocity itu sendiri, kami juga menjangka para pengunjung yang datang dari Bandar Tun Razak Exchange, bandaraya di Bandaraya Bukit Bintang dan Pusat Bandaraya KL.”
Dengan ini dipercayai bahawa peluang-peluang yang belum dterokai di kawasan ini bakal merubah landskap Cheras untuk menjadi salah sebuah pusat tarikan dan seterusnya menukarkan a menjadi salah satu destinasi utama di sekitar Kuala Lumpur yang bakal menerima kepadatan penduduk dan pengunjung yang tinggi.
Jika ada sebarang komen, atau pendapat boleh la tulis diruang komen ya.
Berhajat nak beli rumah? klik sini: Sewa/Beli Rumah
Jangan lupa untuk like FB kami di
FB : Kaki Property
#kakiproperty