Enter your email address below and subscribe to our newsletter

‘Update’ terkini Bajet 2019 dan sektor hartanah


Bajet 2019 baru-baru ini membawa beberapa perubahan dalam sektor hartanah. Terdapat beberapa perubahan dari tahun lalu dalam pasaran hartanah yang perlu korang tahu dan ‘update’supaya korang tak ketinggalan dalam pasaran hartanah yang semakin berkembang pesat.

Sis akan senaraikan perubahan dan intipati dari bajet 2019 dalam pasaran hartanah di Malaysia.

Di bawah strategi meningkatkan hasil kerajaan dengan memanfaatkan aset dan juga menyemak semula dasar percukaian, terdapat beberapa langkah yang diambil oleh pihak kerajaan iaitu:

1. Mewujudkan Amanah Perlaburan Hartanah bagi lapangan terbang

Kerajaan merancang mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi lapangan terbang yang pertama di dunia.

Bagi pelaburan ini, pelabur akan mendapat manfaat hasil dari fi pengguna yang dikutip oleh pemegang konsensi pengurusan lapangan terbang, Malaysian Airport Bhd (MAHB).

Melalui pelaburan ini, kerajaan berharap agar dapat meraih dana sebanyak RM 4 billion!

Walaubagaimanapun, program ini hanya akan dilaksanakan selepas rundingan fi pengguna dan Pangkalan Aset Diselia dimuktamadkan

2. Penyiasatan oleh LHDN bagi pemilikan kekayaan luar biasa termasuk hartanah

Lembaga Hasil Dalam Negeri, atau lebih dikenali sebagai LHDN, akan meneliti dan menyiasat pemilikan kekayaan luar biasa seperti barang kemas, jam tangan, kereta mewah atau hartanah dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang.

3. Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Pada tahun 2019, kerajaan telah mengumumkan perubahan bagi kadar cukai untuk pelupusan hartanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke 6 dan seterusnya. Perubahan kadar cukai ini adalah seperti berikut:

  • Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar cukai telah dinaikkan dari 5% ke 10%
  • Bagi individu warganegara dan penduduk tetap kadar CKHT dinaikkan dari 0% ke 5%

Pengecualian  CKHT diberi kepada individu warganegara dan penduduk tetap bagi atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah ko sederhana rendah dan rumah mampu milik di bawah harga RM 200 000.

BACA:

Serabut Dan Marah Sebab CKHT 2019? Sebelum Buat Apa-Apa, Baca Ini

Cara Kira Kos CKHT

4. Kadar duti setem

Bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM 1 juta kadar duti setem telah dinaikkan dari 3% kepada 4%.

Bagi pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM 500 000, pengecualian duti setem sehingga RM 300 000 terhadap surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020.

Berikut adalah ‘update’ terbaru secara umumnya terhadap pasaran hartanah di Malaysia berdasarkan Bajet 2019.

Dalam artikel seterusnya, sis akan kupas berkenaan isu pemilikan rumah mampu milik pula dalam Bajet 2019, mampukah tahun 2019 membawa lebih kelebihan dan manfaat dari segi pemilikan rumah dalam generasi muda! ‘Stay tuned, guys!’

Rujukan: Bajet 2019

Jika anda ingin membeli atau menjual rumah, anda boleh ke sini: Jual/Beli Rumah untuk mengetahui keterangan lanjut.

Kongsi Artikel Ini
Sabihah
Sabihah

Penulis artikel hartanah yang sempoi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *