Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Wajarkah Projek KL – Singapura High-Speed Railway (HSR) Dibatalkan?


Apakah Itu Projek KL – Singapura High-Speed Railway (HSR)

Projek KL – Singapura High-Speed Railway (HSR) adalah projek untuk penumpang yang hendak bergerak antara Singapura dan Kuala Lumpur. Projek ini adalah merupakan projek yang bercita-cita tinggi. Bukan sahaja dari kos pembinaan HSR ini tinggi, tetapi juga dengan projek-projek yang sedang dibangunkan di sepanjang bandar-bandar yang mempunyai stesen hentian HSR ini. Sebagai contoh di Negri Sembilan, projek pembangunan di Vision Valley seperti Ainsdale – Sime Darby telah mempromosikan projek perumahan mereka ini berdekatan dengan HSR.

 

HSR Line

Gambar dari TheStar

Kalau korang nak tahu, sebenarnya projek ini telah dicadangkan sejak dari tahun 1990, tetapi projek ini telah  dihantui kos yang besar. Jadi projek ini telah ditangguhkan. Kemudian pada tahun 2006 YTL Corporation, Operator Express Rail Link (ERL) telah mencadangkan semula untuk projek HSR ini dibangunkan semula. Ketika ini projek ini mensasarkan kelajuan HSR ini akan mencecah 250 km/h dan membolehkan masa perjalanan antara dua bandar ini dikurangkan sehingga 99 minit jika dibandingkan 4-5 jam menggunakan jalan raya, 7 jam jika menggunakan kereta api biasa dan 3 jam mengunakan kapal terbang (3 jam ini dah termasuk masa nak check-in, kastam dan bagai ye.) Dan ketika ini kerajaan Malaysia telah menangguhkan projek ini yang bernilai 8 Billion kerana dianggap terlalu mahal.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=B_4EiQEEe9w]

Kertas cadangan projek HSR ini sekali lagi telah cadangkan pada tahun 2010 dan diluluskan dengan kerjasama Singapura pada tahun 2014 dan projek ini dijangkakan akan siap pada tahun 2020.

Kelebihan Projek KL – Singapura High-Speed Railway (HSR)

Kelebihan terbesar projek ini adalah ia untuk mengurangkan kesesakan di kesemua terminal yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dan mengurangkan masa perjalanan sehingga 90 minit.

Trains on the service were expected to run 10 car-long trains, with the capacity for up to 100 passengers per car. These trains were projected to run at average speeds of 300 km/h and bring down the rail travel time between KL and Singapore to 90 minutes. – Paul Tan

Laporan MOT KL-Singapura

Keadaan Terminal KL-Singapura

Gambar dari Woodlands & Tuas Checkpoint

 

Siapa yang bertangung jawab atas projek ini?

MyHSR Corporation, yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia telah dipertanggung jawabkan untuk melaksanakan projek Mega ini. Dengan keupayaan untuk mengubah perhubungan serantau, website MyHSR ini tidak kurang gahnya. Korang boleh cuba tengok website dia, segala informasi tentang HSR telah diterangkan dengan menyeluruh.

MyHSR

Gambar dari FMT

Pendekatan dua arah telah dicadangkan untuk Program Pembangunan Sosioekonomi tiga fasa yang dirancang untuk projek ini: Economic Acceleration Program (EAP) dan Program Transformasi Bandar (UTC). EAP mengutamakan pertumbuhan di bidang yang melibatkan ekonomi digital, bioekonomi, pembuatan maju, pelancongan, penjagaan kesihatan serta industri perabot dan tekstil, sementara UTC menjanjikan perumahan yang mampu dimiliki, bandar-bandar rendah karbon, pembangunan berorientasikan transit, pengangkutan awam, dan peluang keusahawanan.

Dengan kata lain, projek ini menjanjikan pembangunan yang sangat memberangsangkan.

Pembatalan Projek KL – Singapura High-Speed Railway (HSR)

Pembatalan projek ini telah mengejutkan pelbagai pihak.

“Ia adalah keputusan muktamad tetapi akan mengambil sedikit masa, kerana kita mempunyai perjanjian dengan Singapura,” katanya.

Projek HSR tidak memberi manfaat selain tidak menguntungkan.

“Ia hanya satu trek yang pendek. Ia akan menjimatkan masa orang hanya satu jam sahaja dengan mengambil HSR.

“Terdapat pampasan, jika Malaysia menarik diri daripada pertaruhan, saya diberitahu ia hampir RM500 juta.

“Bagaimanapun saya masih belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah dalam ringgit, Dolar Singapura atau Dolar Amerika (Syarikat),” – Tun Dr Mahathir.

Berita yang mengejut ini telah sampai ke Singapura.

“Kami telah memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa Singapura terus menanggung kos projek ini ketika ia menunggu penjelasan Malaysia dan sekiranya Malaysia menamatkan projek tersebut, Singapura akan mengkaji implikasi dan melaksanakan hak kami (termasuk apa-apa hak untuk pampasan bagi perbelanjaan yang ditanggung) selaras dengan terma Perjanjian Dua Hala HSR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.” – Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

HSR Singapura

Gambar dari FMT

Projek ini sebenarnya sedang dijalankan di Singapura. Sebagai contoh, pemanggilan tender telah dilakukan dan pembinaan dijangkakan akan bermula pada tahun 2019.

Wajarkah Projek KL – Singapura High-Speed Railway (HSR) Dibatalkan?

Walaupun projek ini bercita-cita tinggi, korang kena ingat projek ini hanyalah untuk membawa penumpang. Tidak ada kargo. Oleh itu, kalau projek ini ingin berjaya, harga tiket untuk HSR ini perlulah murah untuk menarik peminat penumpang. Jika harga tiket HSR murah dari menaiki kereta dan kapal terbang, baru penumpang akan membeli tiket HSR. Jika tidak, projek ini akan gagal kerana tidak ada penumpang yang menaiki HSR ini. Malaysia juga tidak asing dengan kegagalan dalam melaksanakan projek pengangkutan awam.

Socio-economic Development Programme  juga ada memaklumkan bahawa projek KL-SG HSR ini memerlukan kargo untuk menjadikan projek ini berjaya, namun begitu aspek kargo ini tidak dinyatakan didalam plan HSR.

Juga diingatkan, bahawa Tun Dr Mahathir dinasihati oleh Council of Elders. Oleh yang demikian, penulis berpendapat projek ini wajar dibatalkan.

Malaysia mempunyai jalan raya dan landasan kereta api yang mencukupi. Tetapi Malaysia haruslah menambah naik kecekapan pengangkutan awam. Jangan lupa, KTM pun selalu lambat dan jadual dia tidak pernah betul.

KTM Lambat

Gambar dari Primadona Hello Kitty

Walaubagaimanapun, penulis ingin kan projek HSR dijalankan apa bila kewangan negara mampu menampung pembinaan projek tersebut. Tetapi jika boleh, janganlah di Malaysia dan Singapura sahaja. Panjangkan laluan HSR ini diantara negara Asia seperti Thailand dan sebagainya.

Apa pula pendapat korang?

Like dan Share post ini!

 

Kongsi Artikel Ini
Haziq Irfan
Haziq Irfan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *