Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Sebelum apa apa, kita tengok dulu apa tu OPR (Overnight Policy Rate).
OPR adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh BNM. Ia merupakan kadar yang dikenakan oleh bank (pemberi pinjam) kepada bank yang meminjam sejumlah dana.
Setiap bank ada satu jumlah tertentu yang kena dikekalkan dan disimpan dalam bank setiap hari. Setiap hari, bank akan pinjamkan sebanyak mungkin kepada pelanggan (salah satu cara bank buat duit). Jumlah duit dalam satu bank ni boleh bertambah dan berkurang bergantung kepada aktiviti harian pelanggan (keluarkan duit etc.).
Bila habis waktu operasi, ada bank yang mempunyai lebihan/kekurangan duit dalam simpanan mereka. So, bank yang tak cukup duit terpaksa meminjam sejumlah duit untuk satu tempoh masa (semalaman). Mereka akan meminjam daripada bank lain (yang mempunyai lebihan dana) atau dekat BNM sendiri.
Pembiayaan ni dikenakan OPR yang ditetapkan oleh BNM. OPR hanya dikenakan dekat institusi kewangan, dan bukan directly dekat kita. Tapi, bila kadar OPR berkurang, ia akan memberi kesan dekat kos pinjaman antara bank, dan menjurus kepada kesan berangkai.
BACA: OPR Turun kepada 2%. Apa Kaitannya Dengan BR dan Impak Kepada Platform Simpanan?
So, apa antara kesan yang tempias nya akan kena kat kita?
Pengurangan OPR akan mempengaruhi kadar pinjaman bank kepada pelanggan. Contohnya, akan ada pengurangan dalam ansuran bulanan sebab BR dikurangkan sebanyak 0.25%.
Dengan ini, kadar faedah untuk pinjaman existing floating rate akan diselaraskan secara wajar. Bermakna, pinjaman baru akan mengikut kadar yang baru ditukar.
Hasilnya, peminjam akan membayar ansuran yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Dan kalau kadar ini dikekalkan, simpanan mereka akan menjadi lebih tinggi untuk jangka masa panjang.
Potongan OPR akan menyebabkan faedah bagi akaun simpanan dan fixed deposit berkurang. Dalma bahasa mudah, tak banyak la untung yang dapat. (*Tabung Haji dan ASB tak terkesan dengan penurunan OPR)
Pinjaman lain macam pinjaman peribadi dan kad kredit pon terkena tempias. Kadar pengurangan adalah berbeza bagi setiap bank. Peminjam biasanya dapat manfaat daripada pengurangan ini.
Pelabur dapat menikmati pembayaran faedah yang lebih rendah. Potongan OPR juga menjamin simpanan yang lebih banyak, dan juga disposable income yang lebih besar dikalangan pelabur. Ini akan meningkatkan keuntungan pelaburan mereka.
Lepas BNM umum OPR turun, nilai RM menunjukkan peningkatan berbanding banyak mata wang utama yang lain di dunia. RM dilihat kukuh berbanding US Dollar, Singapore Dollar, Yen, dan juga Pound Sterling.