Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Apa itu CCRIS? Apa Relevennya CCRIS?


Maksud CCRIS

Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat
Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) merupakan satu sistem pangkalan
data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan
menghasilkan maklumat kredit seseorang.

CCRIS dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Maklumat pinjaman seseorang individu atau syarikat dari mana-mana bank akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini.

Terdapat 3 bahagian utama di dalam laporan CCRIS iaitu;

  1. Laporan Ringkas Kredit
  2. Laporan Kredit Terperinci
  3. Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdiri daripada 3 bahagian iaitu;

  1. Permohonan kredit yang dipohon sama ada yang
    telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan yang masih
    dalam pertimbangan pihak bank.
  2. Liabiliti semasa yang ditanggung, ini meliputi jumlah baki pinjaman
    dan jumlah had yang diberikan (untuk peminjam dan juga penjamin).
  3. Tindakan undang-undang yang pernah dan sedang dikenakan.

Proses CCRIS

Laporan bulanan peminjam akan dihantar oleh setiap institusi kewangan di Malaysia kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. Data-data ini akan disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dipanggil CCRIS.

Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, di mana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda. Ini merangkumi pinjaman perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan juga overdraft.

Ia juga dapat memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk tempoh satu tahun (12 bulan).

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Berdasarkan rekod CCRIS andalah, institusi kewangan akan membuat keputusan untuk meluluskan pinjaman seterusnya atau tidak.

Melalui CCRIS, displin seseorang terhadapa kewangan dapat diketahui. Setiap institusi kewangan mempunyai peratusan DSR tersendiri dalam
menentukan kelulusan pinjaman dan nilsinya.

Bagaimana cara mudah untuk dapatkan CCRIS?

Dahulu hendak dapatkan laporan CCRIS wajib pergi ke BNM dengan kad pengenalan dan ibu jari. Mesti menggunakan kiosk untuk ‘print’ penyata CCRIS.

Kalau hendak periksa berulang kali, terpaksalah pergi banyak kali. 

Sekarang lebih mudah dengan adanya eCCRIS.

Buat pertama kali, kita perlu juga pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat pendaftaran eCCRIS di kiosk. Kemudian, anda akan menerima kata laluan sementara di telefon anda.

Kemudian login ke https://eccris.bnm.gov.my

Pergi ke ‘first time login’ dan isi detail, masukkan juga kata laluan sementara yang anda dapat daripada telefon tadi.

Dan ikuti langkah seterusnya, hendak tukar ID dan kata laluan yang baru pun boleh.

Selepas semua proses pendaftaran selesai, anda boleh muat turun laporan CCRIS terkini anda bila-bila masa.

Selamat mencuba, sekarang anda dah boleh precheck loan dengan mudah.

Bagaimana untuk memastikan rekod kewangan kita baik?

  1. Hutang seperti kereta, kredit card, rumah, PTPTN, personal loan dan lain-lain akan nampak dlm rekod ccris anda.
  2. Jangan liat untuk bayar hutang/installment di atas, ini akan menyebabkan anda tidak dapat buat pinjaman seterusnya jika rekod bayaran tidak cantik
  3. Kini syarikat telco seperti Maxis, Digi, Celcom, P1 dan lain2 akan effect dan jika tak bayar berlarutan akan mengakibatkan CTOS anda mempunyai rekod tidak baik.
  4. Kini setelah anda cukup duit utk beli rumah, tiba-tiba nama anda sangkut pula di sebabkan CCRIS dan CTOS.
  5. Maaf cakap, selagi tidak diuruskan dengan sempurna untuk kedua-dua penyata ini, langsung tidak dapat pinjaman baru. Semuanya rekod kewangan anda disimpan dgn bank negara.
  6. Jika hendak buat pinjaman rumah juga, boleh, anda perlu bersihkan rekod-rekod yang tak baik dan terpaksa menunggu berbulan sehingga rekod kewangan anda menjadi bersih.
  7. Jika rekod CCRIS tak cantik pula, caranya, anda perlu cantikkan rekod selama 12 bulan. Walaupun anda dah menyelesaikan jumlah tertungak, tapi rekod buruk 12 bulan kebelakang masih nampak.

Agak sakit hati bila pinjaman kita tidak diluluskan.

Jadi jagalah rekod kewangan masing-masing, tiba masa hendak membeli rumah anda akan menyesal.

Kongsi Artikel Ini
Najib Mohamed
Najib Mohamed

PEA1827. Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *