Breaking News
Popular News

Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Beli rumah nanti! Sewa dulu lama-lama. Kecoh sebentar di facebook minggu lepas gara-gara seorang menteri iaitu merupakan seorang Menteri Kewangan II, mengeluarkan kenyataan bahawa beli rumah hanya mengundang hutang jangkamasa panjang dan menyarankan agar rakyat untuk menyewa.
Antara snapshot post di facebook mengenai topik ini.
Sesiapa yang belum lagi menonton video kenyataan menteri ini, boleh lihat video di bawah ini.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xhMciebCFrE]
Ramai yang memberikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai isu ini. Ada yang terlampau ekstrem sampai memaki hamun, ada yang membantah sekeras-sekerasnya dan ada juga yang rileks cool menenangkan ketegangan.
Tapi baik pokok pangkalnya, ialah kita sendiri yang menentukan hala tuju ekonomi personal kita.
Yang memilih untuk terus menyewa, teruskan menyewa. Saya yakin semua rakyat berimpian untuk memiliki hartanah sendiri. Siapa tak suka memiliki sesuatu dan mempunyai hak kepunyaan sendiri? Mungkin ada sesuatu yang menyekat anda daripada memiliki hartanah sendiri. Berusahalah untuk memiliki hartanah sendiri yang bersesuaian dengan ekonomi kita.
Saya kenal beberapa client saya yang menyewa untuk rumah duduk sendiri tetapi sebenarnya mereka memiliki banyak hartanah dan semua hartanah tersebut disewakan.
Ada seorang yang menyewa banglo dengan sewa bulanan RM5,000. Sifirnya sungguh mudah, nak beli banglo dengan harga RM2 juta ini, sudah tentu bayaran bulanan di bank hampir RM10,000. Daripada beli sendiri, baik sewa. Duit pendapatan sewaan hartanah-hartanah lain dapat ‘cover’ duit sewa banglo yang didudukinya.
Ini hartanah yang bernilai besar. Tapi konsep yang sama boleh terapkan untuk hartanah-hartanah biasa. Jika sewa bulanan boleh ‘cover’ lebih kurang 70% daripada bayaran ansuran bulanan di bank, saya rasa lebih baik beli daripada menyewa. Contoh, bayaran ansuran di bank untuk rumah yang kita duduki sepatutnya RM2,000, tetapi kita menyewanya dengan harga RM1,500. Jadi lebih baik beli, dari terus menyewa.
Mulakan pembelian hartanah pada harga yang anda mampu. Banyak lagi hartanah yang bawah RM300,000. Malah bawah RM100,000 pun ada lagi. Tak percaya pergi tanya kenalan ejen hartanah anda.
Jika anda bijak, anda mesti memilki hartanah seawal usia muda. Nak tahu kenapa?
Ada kemampuan belilah hartanah. Kurangkan risiko. Sekarang ini banyak hartanah di bawah harga pasaran. Ambillah peluang yang ada.
Selamat membeli hartanah!
Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.
Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.