Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Kelebihan Penjawat Awam & Pinjaman Perumahan LPPSA


(Ramai orang kerajaan yang masih tidak tahu)

Memandangkan agak ramai kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan masih ramai belum membuat pinjaman perumahan LPPSA, kami nak bagi sedikit pencerahan untuk membantu anda memahami kebaikan-kebaikan bila anda teringin nak beli hartanah menggunakan pinjaman LPPSA.

Biasanya kalau ‘client’ kami yang muda-muda beritahu kami nak beli rumah menggunakan pinjaman LPPSA, kami akan tanya balik,

“Tuan/Puan nak beli untuk duduk ke atau untuk invest sahaja?”

Kalau nak invest kami akan sarankan, jangan guna loan LPPSA lagi tetapi gunalah pinjaman bank.

Belilah property subsale yang bawah market value supaya anda dapat jana kewangan positif setiap bulan.

Sekiranya bercadang untuk duduk, gunalah pinjaman perumahan kerajaan.

Biasanya kalau kita nak duduk mesti kita ambil kira tentang keselesaan, ruang yang besar, mungkin ada tanah untuk tanam bunga atau apa sahaja.

Yang paling penting rumah yang kita nak duduk tu bayaran bulanannya setiap bulan tidaklah begitu banyak seperti pinjaman bank.

#1 – Kadar Faedah 4%

Untungnya kakitangan kerajaan ni berbanding kakitangan swasta, dia boleh buat 2 jenis pinjaman.

1) Pinjaman bank
2) Pinjaman Kerajaan

Makanya kakitangan kerajaan berpotensi membeli rumah lebih dari 2 biji ke atas untuk dijadikan aset. Berbeza dengan kakitangan swasta yang hanya bergantung kepada pinjaman bank.

Bagi kakitangan swasta, untuk rumah pertama dan kedua sahaja boleh dapat pinjaman sebanyak 90%. Untuk rumah ke 3, pinjaman hanya dapat 70% sahaja daripada harga rumah. Lebih tu kena topup lah.

Tapi untuk kakitangan kerajaan, anda boleh dapat dua kali pinjaman sebanyak 100% dengan kadar faedah yang murah iaitu 4.0%.

Sungguhpun kadar faedah pinjaman rata-rata bank sekarang mencecah 3 – 3.5% sekarang, jadikan pinjaman kerajaan satu pilihan kerana ianya tetap tidak dipengaruhi oleh kadar OPR/ kadar bank yang berubah-ubah mengikut putaran ekonomi.

Walaupun nama di ‘blacklist’ dalam CCRIS/CTOS untuk melakukan pinjaman bank, masih mampu lagi membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.

#2- Pinjaman LPPSA Kali ke-2

Anda tahu tak, anda boleh guna pinjaman LPPSA ni sebanyak 2x sahaja. Tetapi dengan syarat, pinjaman perumahan untuk kali pertama mestilah dilunaskan habis.

Sama ada anda bayar bulanan yang besar setiap bulan untuk cepat habis atau korang jual rumah untuk dapatkan keuntungan hasil pelaburan hartanah.

Kemudian baru anda boleh mohon pinjaman LPPSA buat kali ke 2.

Lagi satu, kami cadangkan kepada yang belum guna pinjaman LPPSA (Untuk yang bukan pilihan pencen, penjawat awam memilih pilihan potongan KWSP – Terutamanya para doktor), anda gunalah sebelum umur anda lebih 35 tahun ke atas. Sebab umur 35 tahun kebawah masih boleh meminjam untuk tempoh masa 35 tahun.

Tapi kalau dah lebih 45 tahun baru nak buat pinjaman LPPSA, kemungkinan tempoh masa pinjaman akan jadi singkat sama ada 20 tahun ke 28 tahun sahaja.

Bila pinjaman semakin singkat, makanya bayaran bulanan anda pun akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar faedahnya rendah.

#3- Pinjaman 100%

Pinjaman LPPSA ni antara yang lain yang anda boleh kecapi nikmat syurga dunia adalah bila anda beli satu-satu property, pastikan bawah market value yaa. Penting ni!

Anda boleh memohon pinjaman 100% berdasarkan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan bagi setiap jumlah tingkat gaji pokok + elaun-elaun anda.

Bila boleh mohon 100% loan, andai kata anda beli rumah dengan harga 350k sedangkan harga pasaran 400k, maka anda boleh dapat ‘cash back’ 50k selepas pinjaman di release kan ke akaun syarikat peguam yang menyediakan dokumen perjanjian jual beli anda.

Nota: Harga pasaran untuk pinjaman LPPSA berdasarkan nilaian oleh JPPH – Jabatan Penilian Perkhidmatan Harta bukan dari juurnilai swasta. Ejen hartanah akan membantu anda dalam hal ini.

Peguam akan keluarkan cek 50k khas atas nama anda.

50k anda dapat tu nanti, anda pandai-pandai lah nak melabur kat mana untuk beranak kan duit tu lagi.

Jangan membazir dan gelap mata pulak bila dapat duit banyak.

#4 – Beli projek – Cash Back

Kalau korang beli projek perumahan baru, lagi berganda-ganda korang boleh untung.
Kebiasaannya dan kebanyakan projek-projek perumahan baru menawarkan booking yang rendah serendah RM1000 dan menyediakan rebate sebanyak 10%.
Kebiasaanya yang aku banyak buat.

Makanya sekiranya rumah yang anda beli, Harga perjanjian jual belinya adalah berjumlah RM400K, rebate 10% diberikan oleh pemaju = 40K.
Maka rumah yang korang beli akan jadi RM360K.

Mohon pinjaman LPPSA wajib mengikut harga perjanjian jual beli iaitu RM400K.
Jadi ‘cash back’ yang anda akan peroleh adalah RM80K.

1) 10% rebate akan diberikan kepada pembeli LPPSA selepas pinjaman di ‘release’ kan = RM40K.
2) 100% loan LPPSA atas harga 400K sedangkan harga rumah RM360k = RM40K lebihan pinjaman.

Total ‘cash back’ RM80K.

Bayangkan kalau sesetengah pemaju menawarkan rebate lebih 10% sehingga ada yang menawarkan 34% rebate, bayangkan banyak tak ‘cash back’ yang anda boleh dapat.

Untung tak?

#5 – Beli projek – Tiada Progressive Interest

Paling penting, sektor kerajaan pinjaman LPPSA telah menyelaraskan bahawa kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan LPPSA bagi projek perumahan baru, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina sepertimana kakitangan swasta yang perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek pembinaan sudah siap dibina dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya sehinggalah 100% siap dibina barulah pembeli mula membayar ‘installment’ bulanan secara penuh.

Bagi kakitangan kerajaan, projek 100% siap, dapat kunci baru mula bayar bulanan kepada pihak LPPSA.

Kesimpulan

Amacam menarik tak kerja Gomen ni. Sayanglah kalau tak guna peluang ni.

Kami bukan nak ajar anda gila dunia. Tapi nak ajar anda urus kewangan dengan baik supaya lebihan kewangan, macam-macam anda boleh buat untuk maslahah masyarakat. Anda pun tak jadi orang yang meminta-minta malah jadi individu yang banyak memberi.

Sebab tu usaha memantapkan ekonomi bukan sahaja sekadar tuntutan malah keutamaan buat umat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”.

Kongsi Artikel Ini
Najib Mohamed
Najib Mohamed

PEA1827. Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *