Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Muar Bakal Tengelam Menjelang Tahun 2050


Muar bakal tenggelam 2050 sepertinya berita yang sangat luar biasa. Percaya atau tidak, itulah perkiraan oleh para saintis yang menunjukkan kadar peningkatan aras laut yang semakin cepat.

Kesan Pemanasan Global

Yang pasti, pemanasan global adalah salah satu punca utama.

Kesan peningkatan aras laut ini menyebabkan perubahan dinamik pantai yang mana akan berlaku perubahan kepada kelajuan arus, ketinggian ombak dan pasang surut, yang akan mengangkut sedimen di sepanjang pesisir yang boleh menyebabkan hakisan.

Kajian Kenaikan Paras Laut

Kajian terkini menunjukkan beberapa bandar-bandar utama di Malaysia akan berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050. Sumber: Costal.ClimateCentral.Org

Antaranya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak

Kajian ini menggunakan model CoastalDEM, pengukuran yang lebih tepat. DEM adalah Digital Elevation Models.

Kajian terdahulu mengukur peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM).

Model CoastalDEM mengurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yang terjejas dengan lebih tepat, berpunca daripada perubahan iklim.

Antara kawasan yang terjejas dan akibatnya daripada kenaikan paras air:

  • Alor Setar akan menjadi sebuah pulau
  • Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
  • Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
  • Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap
  • Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
  • KLIA akan bertempat di sebelah pantai
  • Muar bakal tenggelam
  • Pekan juga tenggelam
  • Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
  • Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau

Kawasan Muar Bakal Tenggelam

Berikut adalah kedudukan kawasan-kawasan di Muar bakal tenggelam, yang akan diramalkan berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050. Kawasan yang bertanda merah merupakan tanah yang berisiko tenggelam.

Bandingkan dengan keadaan Muar sekarang pada tahun 2019. Adakah ada pembaca kakiproperty duduk di kawasan yang terlibat?

Kenaikan Paras Air Global

Pada peringkat global pula, Asia merupakan benua yang paling banyak terjejas ekoran daripada kenaikkan paras air laut itu nanti.

Populasi Asia (70%) adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras air laut.

China: 43 juta
Bangladesh: 19 juta (15% daripada jumlah penduduk)
Vietnam: 26 juta (23% daripada jumlah penduduk)
Thailand: 17 juta (15% daripada jumlah penduduk)

Keseluruhan bahagian selatan Vietnam, termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050. Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap.

Bandar Batu Pahat akan tenggelam 2020?

Dulu kita pernah digemparkan pada tahun 2012 dengan kajian pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) atas hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Kajian ini memberikan kesimpulan bahawa 7 bandar besar di Malaysia bakal tenggelam pada tahun 2020 iaitu Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Pada tahun 2017 pula, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) , pada tahun 2100 pesisir pantai di Sabah akan berlaku kenaikan satu meter aras laut berbanding hari ini dan kenaikan setengah meter aras laut di Semenanjung negara juga dijangka berlaku.

Pelajari dengan Belanda Kejuruteraan Pengurusan Air

10 tahun lalu, Belanda membangunkan konsep ‘ruang untuk sungai’.

Konsep yang disifatkan sebagai anjakan paradigma itu adalah dengan  memberi ruang yang lebih banyak untuk air dan membenarkan sungai untuk berkembang apabila air memasuki negara itu.

Sebelumnya, mereka hanya membina banyak sekatan sungai dan mengukuhkan benteng sepanjang sungai.

Maka, pendekatan terbaharu adalah ‘hidup bersama air, bukannya berlawan dengan air’.

Sebahagian besar Belanda adalah kawasan tanah rendah yang ditambak dari laut dan dilindungi benteng penahan air. Kawasan-kawasan seumpamanya merangkumi bandar-bandar besar di negara itu.

Negara itu kini mempertimbangkan cara-cara untuk memperlahankan proses pembangunan di kawasan tanah rendah, seterusnya membangunkan sistem amaran yang lebih berkesan supaya orang awam serta pihak bertanggungjawab lebih bersedia sekiranya berlaku banjir sebenar.

Bandar-bandar dunia kini menggunakan taman-taman dan ruang awam sebagai kawasan takungan setiap kali menerima hujan lebat. Bagi kenaikan air laut pula, mereka mengubah pendekatan – daripada sistem pertahanan, kepada kaedah yang bersedia untuk menampung kegagalan sistem-sistem awal itu.

Ia dinamakan sebagai ‘perlindungan pelbagai peringkat’.

Peringkat pertama adalah sistem perlindungan banjir yang meliputi sistem benteng pertahanan awal. Peringkat kedua adalah perancangan tindak balas umum.

Perancangan tindak balas umum digunakan orang awam dan sektor swasta untuk mempengaruhi pengurusan pergerakan penduduk dan aktiviti di ruang-ruang berskala besar. Secara ringkas, ia adalah koordinasi amalan dan polisi.

Belanda telah membina sistem perlindungan banjir hingga ke tahap peluang kegagalan adalah satu dalam 10,000. Itu disifatkan sebagai sistem paling ketat di planet ini.

Menurutnya, walaupun kemungkinannya agak rendah, namun kesannya amat besar memandangkan dua per tiga ekonomi Belanda terletak di kawasan rendah yang boleh ditenggelami air tersebut.

Kesimpulan

Ramalan mengikut kajian. Perkara belum jadi segala hasil kajian hanyalah ramalan. Dari hasil kajian, boleh agak bila kejadian akan berlaku. Jadi, segala persiapan boleh dilakukan lebih awal.

Sudah tentunya, berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda. Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita.

Kita sedang berdepan dengan ketidakpastian dalam aspek perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi.

Adakah ada kesan harga hartanah di kawasan tersebut akan susutnilai sekarang dengan adanya kajian ini?

Kongsi Artikel Ini
Najib Mohamed
Najib Mohamed

PEA1827. Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *