Enter your email address below and subscribe to our newsletter

OPR Turun kepada 2%. Apa Kaitannya Dengan BR dan Impak Kepada Platform Simpanan?


Dalam tahun ni dan tahun lepas, mesti anda semua perasan yang banyak kali ada OPR turun ni tapi yet, tak faham, amendenye tu, betul tak? Ok jom kita fahamkan. OPR ni atau nama dalam IC-nya Overnight Policy Rate, dan definasi kepada akronim ni ialah, kadar pinjaman antara bank-bank diMalaysia. Apa tu? Kenapa pulak ade kadar pinjaman antara bank di Malaysia?

Begini, dalam structure bank, bisnesnya berjalan dalam konteks keseimbangan 2 perkara asas yang membentuk bank sebuah entity bisnes iaitu Deposit dan Pinjaman. Semua bank kene seimbang pegangan dalam 2 perkara ni kalau tak bisnes tak akan menjadi, sama macam korang buat kos accountancy dulu, asik tak balance je debit credit.

Ok in order untuk bank kekal relevan dengan mengekalkan keseimbangan, die kena sentiasa pastikan depositnya sama dengan pinjaman yang diberi supaya bisnes mereka tak rugi. Untuk bagi pinjaman, bank kene kekalkan rezab duit yang ada untuk diberikan kepada peminjam. Tapi sedar tak kita yang selama ni kite rasa bank ni tempat pinjam duit je kan?

Sebenarnya tak, itu pemerhatian kita je. Bank peroleh deposit daripada industry besar seperti oil & gas, aviation, dan juga daripada bond yang ditawarkan dan saluran deposit lain termasuk pembukaan akaun fixed deposit individu. Setiap deposit yang diterima ni akan diberi interest payout. Korang tak dapat? Ada! cume kecil sebab duit dalam akaun kita berapa je dan transaksi kita agak kerap membuatkan purata interest tu kecil.

Ada sesetengah bank tak dapat nak kekalkan paras deposit dan pinjaman pada paras seimbang @ equilibrium, yela, hari-hari orang datang nak loan je, nak kereta baru, nak rumah baru, nak personal loan buat bisnes dan macam lagi tapi tak yang depositnye sikit je. Contoh, Tahun 2018 bank biru punya total Pinjaman ialah 1B dan deposit pula ialah 500M. Macam mana nak bagi pinjam lagi 500M tu kalau duit takda dalam poket?

Kat sini la datangnya konsep pinjaman antara bank. Mungkin ada bank lain yang depositnya melebihi pinjaman, jadi kadar OPR digunapakai untuk Bank A pinjam dengan Bank B. Faham kan? Sekarang, kenapa OPR ni berubah-ubah ikut peredaran ekonomi? Sebab, bank ni bertangungjawab memberi liquidity kepada rakyat dalam sesebuah negara untuk kekalkan pusingan duit pada paras yang sihat yang dikawal selia oleh ibu banknya – Bank Negara Malaysia.

Pada masa ekonomi slow, OPR akan turun untuk menggalakkan bank meminjam dengan bank lain supaya dan kadar deposit-pinjaman boleh ditingkatkan. Makin banyak rezab ada, lebih banyak pinjaman dapat diberikan pada rakyat, supaya rakyat ade duit untuk berbelanja, bile rakyat berbelanja, ekonomi terangsang dan dapat dipulihkan pada kadar yang optimum.

Jadi kalau korang sedar, OPR ni adalah kos pinjaman dalam ledger bisnes bank. Makin rendah kos, makin rendahlah harga (rate) pinjaman dapat dioffer kepada rakyat. Itu pasallah, bila OPR turun 0.25%, BR pon akan ikut turun sama, senang cerita, ianya direct impact. Tapi ianya hanya terapply pada pinjaman yang ada BR dalam kiraan efektif ratenya termasuk ASB financing, Rumah, Bisnes Loan dan lain. Yang fixed rate macam Kerete, pinjaman peribadi dan kad kredit tidak termasuk.

Clear kan? Jadi apa pulak impak pada kadar pulangan? Satu lagi asas bisnes bank yang kit akene faham ialah, bank buat keuntungan dari perbezaan keuntungan dan kos yang perlu dibayar pada pendeposit. Contohla Ali masuk Fixed Deposit tempoh setahun dengan kadar pulangan 3% per annum, Kiah pula buat pinjaman 1,000 dengan kadar 5% per annum, perbezaan 2% tu adalah keuntungan yang bank peroleh untuk cover segala kos operasinya. Jadi kalau turun kadar pinjaman, maka akan turunlah kadar pulangan secara langsung.

Panjang dah ni, takot berat dah benak fikiran korang. Takpe, cuba hadam sampai sini sahaja, pastu kongsikan solan yang buat anda pening, saya jawab dan bagi sama-sama yang tak tahu faham sekali.

Artikel ini ditulis oleh Hafiz Hazmi, merupakan Founder HH Consultancy dan Agency Supervisor di Principal Asset Managament. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Hafiz Hazmi. 

 

Kongsi Artikel Ini
Najib Mohamed
Najib Mohamed

PEA1827. Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *