Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Rancanglah Pelaburan Hartanah Anda!


Dalam pelaburan hartanah, anda harus mempunyai perancangan yang jelas. Ini adalah kerana pelaburan hartanah mempunyai risiko yang sangat tinggi.

Jika anda tersilap langkah dalam pelaburan ini, anda akan bermasalah apabila hendak membeli hartanah lagi. Jika rumah tidak dapat disewakan, sudah tentu anda sebagai tuan rumah akan menanggung ansuran bulanan.

Masalah ini secara tidak langsung akan membebankan anda.

Sebagai contoh, dahulu begitu ramai orang membeli hartanah di kawasan Bukit Beruntung iaitu kawasan yang berdekatan dengan Serendah di Hulu Selangor dengan harga sekitar RM70,000 hingga RM80,000 pada tahun 90-an. Ansurannya setiap bulan adalah RM500 hingga RM600 sebulan.

Namun malangnya rumah tersebut tidak dapat disewakan sehingga sekarang. Maka secara tidak langsung, tuan rumah masih mempunyai hutang dengan bank sebanyak RM30,000.

Rumah tersebut tidak dapat disewa dan dijualkan, kerana permintaan untuk sewa dan beli di kawasan tersebut tidak menggalakkan.

Bagi sesiapa yang hendak memulakan pelaburan dalam hartanah, anda harus mencari seorang “mentor” atau guru yang pakar dalam bidang hartanah.

Tujuannya adalah supaya anda dapat membuat rujukan mengenai cara-cara untuk melabur serta anda dapat belajar daripada mereka yang berpengalaman luas ini.

Disamping itu anda juga dapat mengurangkan risiko kegagalan dalam pelaburan hartanah dengan adanya mentor yang sentiasa memantau pelaburan anda.

Perancangan dalam pelaburan hartanah ini mestilah jelas dengan tujuan serta matlamatnya. Setiap orang yang telah bekerja sudah tentu mempunyai matlamat untuk membeli rumah tidak kiralah ianya bertujuan untuk pelaburan atau diduduki sendiri.

Disiplinkan diri anda dengan satu tempoh yang anda tetapkan bagi mencapai matlamat anda membeli rumah, walaupun harga rumah di pasaran kini boleh dikatakan agak mahal.

Jika anda tidak memulakan perancangan dari sekarang, bila lagi impian anda untuk memiliki rumah sendiri akan tercapai? Harga rumah tetap naik dari hari ke hari dan takkan menunggu anda.

ANGGARAN KASAR GAJI GENERASI Y

Generasi Y adalah merujuk kepada sesiapa yang lahir pada tahun 1980 hingga 1990. Bagi lepasan diploma atau ijazah dengan gaji permulaan lebih kurang dalam RM2,200 hingga RM2,800.

Rancanglah Pelaburan Hartanah Anda
Anggaran kasar perbelanjaan bulanan bagi generasi Y adalah RM2,200 dengan gaji RM2,500. Ini bermakna anda hanya boleh menyimpan RM300 sahaja dalam sebulan.

Jika dikumpul dan dijadikan sebagai “down payment” untuk melabur dalam hartanah, anda perlu menyimpan sekitar 5 tahun dan ke atas.

Namun, nilai hartanah untuk sesebuah apartment adalah RM150,00 dan selepas 5 tahun akan datang, ianya akan melonjak naik sehingga mencecah RM230,000.

Hartanah untuk sesebuah apartment adalah RM150,00 dan selepas 5 tahun akan datang, ianya akan melonjak naik sehingga mencecah RM230,000.

Lebih daripada 80% lepasan universiti/ kolej akan mengalami masalah yang sama. Di sini saya ingin cadangkan supaya anda membuat pekerjaan lain untuk pendapatan sampingan.

Ini bukannya bermaksud anda harus membuat perniagaan yang memerlukan modal besar untuk membeli stok, kerana kebiasaannya lepasan universiti / kolej tidak mempunyai simpanan yang banyak serta pengalaman dalam bidang perniagaan.

Anda boleh memilih untuk membuat pendapatan sampingan yang tidak memerlukan pengeluaran modal dalam kuantiti yang banyak seperti agen insuran, agen unit trust dan perunding hartanah.

Ini adalah kerana modal yang harus anda keluarkan sekitar RM100 hingga RM200 untuk mengambil peperiksaan atau menghadiri kursus.

Selepas itu anda boleh menjual produk-produk dari syarikat insuran atau syarikat Unit Trust. Jika anda buat “side income” secara agresif, pendapatan yang anda dapat dari situ boleh disimpan untuk dijadikan sebagai modal pelaburan.

UNTUK MENGURUSKAN KEWANGAN, ANDA HARUS BIJAK.

Encik Ali setiap hari makan makanan segera seperti KFC atau McDonalds selama 2 bulan berturut-turut.

Untuk pengetahuan anda, harga makanan segera tidaklah semurah dari Restoran Mamak. Dari segi pemilihan makanan, disitu sudah jelas menunjukkan Encik Ali sudah tersilap dalam memilih makanan yang mahal dan tidak berkhasiat.

Selama 2 bulan Encik Ali memakan makanan segera dan berat badannya meningkat daripada 60kg ke 70kg. Apabila berat badan meningkat, kebarangkalian baju yang bersaiz M tidak lagi sesuai dipakai oleh Encik Ali.

Encik Ali terpaksa membelanjakan wang untuk membeli baju baru yang bersaiz L. Bukan itu sahaja, jika dahulu saiz seluarnya sekitar 31 kini tidak lagi sesuai untuk digayakan. Sudah tentu Encik Ali perlu memperuntukkan lagi wang untuk membeli seluar pula.

Jika Encik Ali tidak menghentikan tabiat pemakanan tidak sihatnya, Encik Ali mungkin mengalami peningkatan tahap kolesterol yang tinggi dalam badannya.

Apabila tahap kolesterol sudah meningkat, Encik Ali perlu memperuntukkan wang yang banyak untuk membeli produk Omega semata-mata untuk menurunkan paras kolesterol dalam badannya.

Ini belum lagi termasuk kos-kos perubatan yang perlu Encik Ali peruntukkan berpunca dari masalah kolesterolnya.

Cerita di atas ini adalah sebuah kisah yang betul-betul terjadi dalam masyarakat sekarang terutama kepada golongan remaja yang masih bujang dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan cara yang betul.

Dari segi sistem pengurusan kewangan, gunalah wang dengan cara yang betul. Cubalah dapatkan pendapatan sampingan selain daripada pendapatan utama.

Kurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak sepatutnya atau yang tidak mendatangkan faedah kepada anda.

Dengan pengurusan kewangan yang betul dalam menguruskan wang bulanan anda, saya amat yakin semua orang mampu beli rumah dalam masa 3 tahun selepas bekerja.

Jika anda ingin menjual rumah dengan kadar segera, anda boleh ke sini: Jual/Beli Rumah

Kongsi Artikel Ini
Najib Mohamed
Najib Mohamed

PEA1827. Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *